Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hutang Kerajaan Meningkat 8.6 Peratus Tahun Lalu – Laporan Ketua Audit Negara

Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu (2023) yang berjumlah RM1.173 trilion meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022.

Memetik laporan Kosmo!, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 menyatakan Hutang Persekuttuan yang terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion.

Hutang Kerajaan meningkat 8.6 peratus tahun lalu

Foto: The Sun

Jumlah itu merangkumi 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan, manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).
“Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat Kerajaan,” kata laporan berkenaan.

Artikel lain: SPRM Temui RM5 Juta Selepas Geledah ‘Safehouse’, Didakwa Milik Ahli Politik Berpengaruh

Dalam pada itu, LKAN 3/2024 menyatakan, Hutang Kerajaan Persekutuan Terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.

Foto: Rnggt

Jelas laporan itu, Hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1 peratus) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak RM271.819 bilion (23.2 peratus) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan RM125.034 bilion (10.7 peratus) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Zulkifli Manzor)

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd