Seorang peniaga air yang menghidap penyakit buah pinggang tahap 5 tetap setia menjaga isterinya yang mengalami strok sambil berniaga air di kawasan Pantai Dalam.
Diri hidap penyakit buah pinggang, isteri kaki dipotong & alami strok
Menerusi perkongsian di TikTok Ustad Jungler, peniaga berkenaan menyatakan yang isterinya itu tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri ketika ini susulan penyakit yang dihidapi.
Namun begitu, dia mengakui reda dan menerima takdir ditentukan oleh Allah S.W.T dengan hati terbuka.
“Dia ada kencing manis, strok dan kaki dia dah kena potong. Dia pun dah tak boleh bercakap sekarang.
“Nak makan pun tak boleh, dia kena pakai tiub. Dia sakit semenjak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lagi.
Saya reda dengan kehendak Allah Taala,” ujarnya.
Walaupun hidap penyakit buat pinggang, tetap dukung isteri turun naik rumah
Dalam perbualan tersebut juga, peniaga terbabit menyatakan yang dia sendiri akan mendukung isterinya turun dan naik ke rumah mereka ditingkat empat memandangkan kediamannya tiada lif walaupun dirinya sendiri menghidapi beberapa penyakit.
Saya tinggal di Meru, rumah flat, tingkat empat dan tak ada lif. Saya dukung dia naik ke tingkat empat.
Saya pun sakit, ada kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap lima.
Jualan tak tentu, sekarang jual air kadang-kadang habis..kadang-kadang tak,” ujarnya.
Semoga Allah permudahkan segala urusannya
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu menghadirkan rasa sebak dalam kalangan warganet di media sosial dan rata-rata mendoakan agar rezeki pasangan warga emas berkenaan lancar.
Ada juga di antara mereka yang sudi menghulurkan bantuan dengan bertanyakan beberapa butiran agar dapat memberikan sumbangan kepada pasangan terbabit bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi.
Semoga Allah angkat penyakit mereka berdua
Besar dugaan mereka sekeluarga
Sama-sama kita membantu
Susulan daripada itu, Ustad Jungler telah menyertakan sekali nombor akaun peniaga terbabit agar mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan ataupun membeli jualannya dapat melakukannya dengan mudah.
Artikel lain: Abang Tamat Latihan Polis, Adik Sedih Jadi Orang Terakhir Dipeluk – “Dia Mana Pernah Lupa”
Semoga pasangan terbabit terus diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehidupan dan dilancarkan segala urusannya.
Sumber: TikTok Ustad Jungler
