Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

HASiL Anjur Seminar Percukaian Kebangsaan, Tarik Hampir 3,034 Peserta

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah berjaya menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2024,18 Oktober lalu di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Menerusi satu kenyataan, seminar tersebut mendapat penyertaan memberangsangkan seramai 3,034 peserta termasuk pengamal percukaian, ahli badan profesional dan orang awam.

Majlis yang diadakan secara hibrid ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) HASiL, YBhg. Datuk Hisham Rusli.

SPK 2024 yang memasuki siri ke-42 ini merupakan platform utama HASiL untuk  memperincikan pindaan dan polisi percukaian baharu yang telah dibentangkan dalam Belanjawan MADANI 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penambahbaikan ketara telah dilakukan pada penganjuran tahun ini dengan pembentangan tiga topik percukaian berbanding dua topik pada tahun-tahun sebelumnya.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar rasmi seminar, sejajar dengan seruan YAB Perdana Menteri untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan sebagai lingua franca rakyat Malaysia.

Siri Kedua SPK 2024 akan diadakan secara maya sepenuhnya pada 29 Oktober 2024, dengan pendaftaran masih dibuka sehingga 25 Oktober 2024 melalui portal https://seminar.hasil.gov.my.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui portal tersebut atau menghubungi Urus Setia SPK 2024 di [email protected].

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganjuran SPK 2024 diharap dapat mengukuhkan kerjasama antara pengamal percukaian dalam usaha menguruskan kemakmuran dan mensejahterakan rakyat demi kemampanan hasil negara.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd