Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Hartawan Kelahiran Malaysia Atasi Elon Musk, Terima Gaji Tertinggi Di AS

Hartawan kelahiran Malaysia, Tan Hock Eng berjaya menjadi individu yang menerima gaji paling tinggi di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2023.

Tan bukan sahaja berjaya mengatasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tim Cook di syarikat Apple, namun turut berjaya mengalahkan pemilik Tesla, Elon Musk dan pemilik Meta, Mark Zuckerberg, lapor The Star.

Hartawan kelahiran Malaysia terima gaji tertinggi di AS

Hartawan Kelahiran Malaysia

Menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), Tan berjaya mengatasi Zuckerberg kerana telah menerima ganjaran sebanyak AS$162 juta (RM760 juta) pada tahun lalu.

Artikel lain: Anak Kelahiran Malaysia Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah Di Meta

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tan, yang merupakan warganegara AS, CEO kepada syarikat semikondukter Broadcom Inc. telah menduduki carta gaji tertinggi sejak 2006 dan menerima AS$103 juta (RM485 juta),” kata WSJ.

Hartawan Kelahiran Malaysia

Namun begitu, Tan hanya akan menerima ganjaran ini secara penuh sekiranya saham syarikat beliau mencapai paras tertentu menjelang 2025.

Broadcom Inc berkata ganjaran Tan itu bergantung kepada pengekalan dalam peranannya selama lima tahun lagi disamping menjelaskan beliau tidak akan menerima apa-apa ekuiti atau bonus tunai sehingga tempoh itu berakhir.

Saham syarikat Broadcom telah meningkat sebanyak 106% dalam tempoh 12 bulan yang lalu, membawa kepada permodalan pasaran sebanyak AS$655 bilion (RM2,947.5 bilion).

Sekadar info, Tan telah dilantik untuk menganggotai lembaga pengarah syarikat induk Facebook, Instagram dan WhatsApp iaitu Meta Platforms Inc pada Februari 2024 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Star

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd