Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Malaya Sedia Benam Jordan – “Kami Yakin Mampu Halang Mereka”

Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon memberitahu Harimau Malaya sedia benam Jordan pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub awal pagi esok.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pan Gon menjelaskan barisan kejurulatihan mempunyai banyak maklumat berkaitan Jordan dan berasa yakin anak-anak buahnya mampu memberi kejutan kelak.

Harimau Malaya sedia benam Jordan

Artikel lain: Menentang China, Garrido Mahu Anak Buah Contohi Harimau Malaya

“Tentang Jordan kami memiliki banyak informasi tentang pasukan itu termasuk pemain mereka dan saya buat kesimpulan mereka miliki kekuatan fizikal dan kemahiran individu yang bagus.
“Mereka tidak suka permainan secara ‘build up’ tetapi lebih suka bermain ‘direct’ dan juga miliki serangan balas yang berbahaya. Jadi kami telah mengenal pasti karakter permainan mereka dan sedia untuk merencana perancangan.
“Jadi… kami sangat yakin mampu halang mereka dan memberi kejutan pada mereka pada perlawanan esok (awal pagi Selasa),” katanya dalam sidang media, semalam.

Walaupun kelebihan berpihak kepada Jordan namun, pengendali dari Korea Selatan itu memberitahu pasukannya akan mengubah ramalan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Malaysia pernah menentang Jordan pada 6 Oktober 2021 dimana Harimau Malaya tewas 0-4. Akan tetapi, skuad kebangsaan akan lebih bersedia menghadapi perlawanan di Piala Asia.

“Jordan memiliki kelebihan berbanding pasukan kita tetapi semua pemain memiliki keyakinan dan bersedia menulis sejarah baharu menewaskan Jordan,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, awal pagi Selasa ini Malaysia akan membuka tirai Piala Asia dengan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Difahamkan, juara dan naib juara setiap kumpulan dan empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Pun begitu, pasukan negara tidak pernah berada dalam rekod tersebut dalam tiga penampilan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Rozaidi Zulkifli)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Dek penangan kuasa viral, biskut raya air tangan penghuni penjara di Galeri Produk My Pride, Kompleks Penjara Kajang telah mendapat sambutan luar biasa sejak...

Lokal

Pemergian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, yang meninggal dunia pada Isnin lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya. Menurut laporan Bernama, ibu Allahyarham, Nor Azlina Zambri,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd