Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Harimau Malaya Mengaum! Benam Nepal 2-0 Di Gelanggang Sendiri

Skuad negara, Harimau Malaya kembali mengaum apabila membenam Nepal dengan keputusan 2-0 dalam aksi pertama Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.

Harimau Malaya mengaum

Harimau Malaya

Foto: The Star

Menurut laporan BH Online, kendalian anak buah Peter Cklamovski  itu berjaya membawa pulang tiga mata penuh ke atas pasukan lawan yang kini berada di ranking 175 dunia.

Kemenangan ini merupakan tanda positif untuk skuad kebangsaan negara melayakkan diri ke Piala Asia buat kali kedua setelah layak di Qatar pada edisi 2023.

Tambahan pula, percaturan yang dibuat Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa masuk kejurulatihan baharu dan pemain asal Sepanyol, Hector Hevel telah memeberikan satu sentuhan baharu dan mengubah corak permainan skuad kebangsaan.

Harimau Malaya

Foto: Berita Harian

Bukan itu sahaja, Hevel juga mencetak gol sulungnya bersama skuad Harimau Malaysia pada minit ke-30 menerusi rembatan luar kotak penalti yang berjaya menumpaskan penjaga gawang Nepal, Kiran Kumar Limau untuk mendahului permaianan dengan mata 1-0.

Semangat yang ditunjukkan oleh pasukan negara dalam mencari jaringan kedua telah disempurnakan oleh Corbin Ong yang tidak mensia-siakan hantaran Arif Aiman yang berjaya menyusup masuk bahagian pertahanan Nepal ke kotak penalti pada minit ke-70.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Nepal, Matthew Ross mengakui kualiti permainan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya amatlah baik menyebabkan pasukannya gagal untuk membawa pulang tiga mata penuh.

Harimau Malaya

Foto: Harian Metro

Mathew berkata, pasukannya terpaksa bekerja keras untuk cuba mengikut rentak permainan yang ditunjukkan skuad Harimau Malaya yang jelas menguasai posisi sayap kiri dan kanan dalam mencari jaringan gol kemenangan.

“Sebab itu saya ubah corak permainan dengan meletak lima pemain untuk bertahan  dan berusaha menyekat corak intensiti permainan yang dibentuk barisan Pemain Malaysia.
“Selepas mereka menjaringkan gol kami bergelut untuk kembali menyusun rentak permainan dan saya terpaksa membuat rombakan dengan membawa tenaga baharu dalam usaha mengimbangi kekuatan Malaysia,” kata Matthew.

Arikel lain: CEO Harimau Malaya Berhasrat Bawa Malaysia Ke Piala Dunia

Dalam pada itu, Mathew memberitahu mereka terpaksa akur dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh anak buah kendalian Peter Cklamovski dan menjadikan ia satu pengajaran untuk memperkemaskan lagi corak permainan untuk aksi seterusnya.

Sumber: Berita Harian Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd