Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bekas Vokalis Popular Nidji, Giring Dilantik Sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Pernah menggegarkan industri muzik Indonesia suatu ketika dahulu, bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha, 41, kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia.

Memetik laporan Berita Harian, pelantikan itu diumumkan Presiden Prabowo Subianto semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka, Jakarta, Indonesia pada Ahad lalu.

Foto: PramborsFM

Penyanyi lagu Sang Mantan itu akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Presiden Prabowo Subianto pada malam Ahad di Istana Merdeka.

Foto: Majoriti

Terdahulu, bekas vokalis Nidji itu pernah menyertai Parti Solidaritas Indonesia (PSI) dan menjadi Pelaksana Tugas Ketua Umum Parti Solidaritas Indonesia (PSI) pada 2020.

Sebelum terjun ke dunia politik, Giring terkenal sebagai vokalis Nidji yang popular dengan lagu-lagu hits seperti ‘Hapus Aku’ dan ‘Laskar Pelangi’, yang menjadi lagu runut filem dengan judul yang sama pada tahun 2008.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Giring membuat kejutan apabila memutuskan untuk meninggalkan kumpulan yang membawa namanya dikenali ramai pada tahun 2017 itu untuk mengambil keputusan meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus kepada bidang politik.

Foto: Tribun Jatim

Artikel lain: “Bismillah Login” – Gamers Terkenal Indonesia Umum Peluk Islam

Penyanyi kelahiran Jakarta itu menegaskan bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang memberikan erti dan makna tersendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika bersama Nidji, Giring mencetus fenomena tersendiri apabila menjadi antara band berpengaruh di negara republik itu.

Sekadar info, kumpulan Nidji telah meraih pelbagai penghargaan termasuk Most Favourite New Artist di MTV Indonesia Awards 2006, Album Rock Terbaik di AMI Awards 2008 dan Karya Produksi Original Soundtrack Film Terbaik di AMI Awards 2014 serta banyak lagi.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd