Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cayson Goh Nafi Hina Agong, Dedah Individu Menyamar Guna Akaun Palsu

Pempengaruh media sosial Cayson Goh nafi hina agong dengan mendedahkan terdapat individu menggunakan nama dan gambarnya di Facebook bagi tujuan membuat hantaran berunsur cacian dan berita palsu.

Gayson Goh nafi hina Agong

Nafi hina agong

Menurut laporan Harian Metro, Goh atau nama lengkap Goh Khai Seng, 40, menafikan tindakan membuat hantaran jelik itu dilakukan olehnya dan berharap pihak berkuasa dapat membantu membersihkan semula imej dan nama baiknya.

Goh berkata, perkara itu disedari semalam dan mengambil tindakan untuk melakukan laporan polis serta meminta rakannya membuat aduan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Saya ingin merakamkan permohonan maaf yang setulus-tulusnya kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sebagai anak Johor, saya sama sekali tidak mungkin dan tidak akan bersikap biadap terhadap institusi Diraja.
“Segala kenyataan yang menghina institusi diraja bukan daripada saya dan saya ingin menafikan sekeras-kerasnya kandungan terbabit dan amat kesal serta dukacita dengan apa yang berlaku.
“Saya tampil hari ini kerana saya adalah mangsa kepada satu serangan berniat jahat di mana baru-baru ini terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun media sosial palsu menggunakan nama dan gambar saya dengan tujuan mengelirukan orang ramai serta mencemarkan nama baik saya,” kata Goh ketika sidang media hari ini.

Nafi hina agong

Sementara itu, Goh cuba mempertahankan dirinya menerangkan bahawa akaun Facebook rasminya telah mendapat tanda semak biru membuktikan ia sudah disahkan oleh aplikasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah Goh mendedahkan tidak mustahil terdapat individu membuka akaun palsu menggunakan wajahnya memandangkan dirinya merupakan pempengaruh media sosial.

“Akaun palsu itu tidak mempunyai sebarang pengesahan dan hanya mempunyai 11 rakan. Ini jelas membuktikan ia adalah akaun palsu.
“Sebagai pempengaruh, saya sedar imej saya terbuka kepada umum dan mudah disalahgunakan oleh pihak yang berniat jahat,” katanya.

Nafi hina agong

Artikel lain: Polis Tahan Dua Individu! Padah Hina Agong, Tawar RM5 Juta Bunuh Anwar Ibrahim

Pempengaruh media sosial nafi hina Agong

Terdahulu, Goh telah membuat satu kenyataan di akaun Facebook rasminya menafikan perkara yang telah terjadi sebelum melakukan sidang media setelah melihat isu ini semakin serius.

Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh telah memulakan siasatan selepas menerima laporan polis yang dibuat seorang lelaki tempatan, mendakwa identitinya digunakan di media sosial dalam membuat hantaran jelik berbentuk penghinaan terhadap Sultan Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro Izz Laily Hussein

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN...

Sukan

Kunjungan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan penuh duka selepas tewas 0-1 kepada ASEAN All Stars dalam aksi Piala Cabaran Maybank 2025 yang berlangsung...

Spotlight

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun. Ed Gale, pelakon watak...

Nasional

Malaysia berjaya mencapai 82.4 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk dalam tempoh masa yang singkat berbanding banyak negara lain hasil perancangan rapi dan pelaksanaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd