Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fitnah Tiga Pemimpin DAP, Siti Mastura Kalah Saman Diarah Bayar RM815,000

Ahli Parlimen PAS, Siti Mastura Muhammad kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok berhubung ucapan beliau yang mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi mengarahkan Siti Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 iaitu RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok.

Siti Mastura memalukan pengundi Kepala Batas, kata Ngeh

Foto: Facebook Dr Ustazah Mastura

Hakim Quay Chew Soon turut menetapkan faedah tahunan sebanyak 5% sekiranya Ahli Parlimen Kepala Batas itu gagal membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Mastura juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang kepada ketiga-tiga pemimpin DAP tersebut.

Quay memutuskan bahawa kenyataan Siti Mastura, yang dibuat dalam satu ucapan di Kemaman pada tahun 2023 dan disebarkan di media sosial adalah berunsur fitnah dan tidak disokong oleh bukti.

Foto: Carian Google

Beliau berkata Siti Mastura bertindak dengan niat jahat, dan pembelaannya berdasarkan alasan komen adil tidak dapat diterima.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media sebelum ini telah melaporkan ketiga-tiga plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman (PRK) pada 4 November tahun lalu.

Sumber: Berita Harian (Siti Aminah Mohd Yusof)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd