Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Fenomena Matahari Menjadi Biru Buat Penduduk Britain Terkejut

Peminat astronomi di Britain gempar apabila mereka melihat matahari menjadi biru pada pagi semalam.

Penduduk terkejut, tak pernah lihat matahari menjadi biru

Memetik laporan dari Daily Mail, perkara berkenaan tular di aplikasi X apabila masing-masing menyuarakan keganjilan tersebut.

Mereka akui tidak pernah melihat matahari menjadi biru seperti itu walaupun sebelum ini pernah ada yang melihat matahari berwana oren gelap dan merah sewaktu Ribut Ophelia pada 2017 yang mengubah halian asap kebakaran hutan Portugal ke Britain.

Terjadi matahari biru disebabkan westerly

Walau bagaimanapun, menurut Dan Harris, Timbalan Ketua Peramal Cuaca di Pejabat Met telah menjelaskan bahawa ia terjadi disebabkan pengaruh westerly terhadap cuaca.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita mempunyai pengaruh westerly yang kuat terhadap cuaca pada masa ini dan ini boleh membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah dalam sistem cuaca.
“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan di Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera boleh menyerakkan cahaya matahari, seterusnya mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” kata Harris.

Asap yang meresapkan cahaya matahari

Dalam pada itu, penyampai cuaca ITV yang dikenali Chris Page turut menjelaskan fenomena apa yang sedang terjadi sebenarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya dapat banyak soalan mengenai matahari kelihatan biru yang menakutkan hari ini. Ia adalah asap yang meresapkan cahaya matahari dan ditarik merentasi Atlantik dari Amerika Utara kerana Ribut Agnes,” kata Page.

Ujarnya lagi, setiap warna yang dilihat mempunyai gelombang yang berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, matahari kelihatan biru ini pernah terjadi pada 1950 di Ontario, Kanada berikutan ribut api Chinchaga iaitu salah satu kebakaran terbesar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.

Sumber: The Mailonline, X metoffice, X Chris Page, X Sinar Harian

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Spotlight

Pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali mendedahkan pengalaman hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan bersama isteri Alyssa Daguise yang menurutnya penuh dengan cabaran dan sangat...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd