Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Enam Perayaan Disambut Minggu Ini Bukti Kesatuan Kepelbagaian Kaum – Menteri Perpaduan

Enam perayaan yang disambut dalam minggu ini di Malaysia telah menunjukkan kepelbagaian sebagai aset terbesar dan ternilai kepada negara khususnya dalam kesatuan kepelbagaian kaum.

Menerusi aplikasi X, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara serta dipertahankan oleh rakyat.

Foto: Berita Harian

“Ramai mesti tidak tahu, dimana minggu ini sahaja terdapat 6 perayaan telah disambut di negara ini iaitu Hari Raya Aidilfitri, Ugadi, Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi, Hari Vishu dan Songkran.
“Ayuh kukuhkan perpaduan melalui perayaan! We can do it!,” tulisnya menerusi akaun X pada Ahad.

Foto: X

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut berkongsi gambar masyarakat pelbagai latar belakang yang menyambut perayaan masing-masing.

Semalam, masyarakat Tamil telah menyambut Tahun Baharu Tamil di Little India, Brickfields dengan penuh istimewa apabila ia dianjurkan hasil kerjasama pelbagai persatuan Tamil dan Hindu utama di negara ini.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy turut berkata bahawa acara yang diraikan bersama itu perlu diteruskan bagi memupuk persefahaman dalam kalangan masyarakat.

Sumber: X Aaron Ago Dagang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd