Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Sekeluarga Direman, Disyaki Curi Barangan Keperluan Dari Pasar Raya

Empat sekeluarga ditahan reman selama empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Muar selepas disyaki mencuri pelbagai barangan keperluan dari sebuah pasar raya di Parit Jawa sejak pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Harian Metro, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang wanita berusia 52 tahun, dua anaknya iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun dan perempuan berusia 27 tahun, serta adik lelaki wanita itu yang berusia 43 tahun.

Foto: Harian Metro

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatin Dalilah Khalid bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Menurut siasatan awal, kegiatan jenayah ini terbongkar selepas pihak pengurusan pasar raya berkenaan mula berasa curiga terhadap pergerakan ahli keluarga itu yang sering membawa troli penuh barangan. Laporan polis dibuat selepas semakan mendalam dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan lanjut mendapati, salah seorang suspek merupakan pekerja di pasar raya berkenaan, dipercayai memainkan peranan penting dalam mencetuskan modus operandi penipuan. Wanita itu dilaporkan berpura-pura mengimbas barangan milik ahli keluarganya seolah-olah telah dibayar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga kejadian dilaporkan berlaku pada 14, 24 dan 25 Mei, masing-masing antara jam 6 hingga 7 pagi. Setiap kejadian menyaksikan dua troli digunakan untuk membawa keluar barangan tanpa pembayaran sah.

Foto: Carian Google

Semakan sistem jual beli mendapati tiada sebarang rekod transaksi atau resit dikeluarkan bagi barangan yang dibawa keluar oleh keempat-empat suspek.

Kerugian yang dialami pasar raya tersebut dianggarkan sekitar RM3,000. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd