Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Wanita Maut, Empat Lelaki Cedera Kereta Rempuh Belakang Treler Rosak

Dua wanita maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di Kilometer 168.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Tangkak petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang membawa enam individu dan sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan.

Kemalangan maut - Tangkak

Foto: Malaysia Gazette

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku semasa kereta dinaiki empat lelaki dan dua wanita itu datang dari arah Johor Bahru menghala ke Merlimau, Melaka.
“Apabila sampai di lokasi kejadian kereta berkenaan hilang kawalan lalu terlanggar bahagian belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan akibat mengalami kerosakan tayar,” katanya.

Akibat perlanggaran itu, dua penumpang wanita yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Empat lagi mangsa terdiri daripada empat lelaki yang turut berada dalam kenderaan tersebut, mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Foto: Berita Harian

Susulan kejadian, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengankutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebaban kematian.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Faszrulhaq Zulkapli di talian 012-2306943 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan I Johar Tumim memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.41 petang.

“Tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah digerakkan ke lokasi. Seorang mangsa didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Tambah Johar, semua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans, manakala jenazah diserahkan kepada pihak polis.

Operasi menyelamat selesai sepenuhnya pada pukul 8.20 malam.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang mendakwa menerima ugutan susulan keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd