Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penarik Kereta Ditemui Meninggal Dunia, Mulut Berbuih

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut pada jam 6.17 petang.

“Orang ramai mendapati dua individu terbabit dipercayai tidak sedarkan diri berada dalam sebuah kereta sebelum menghubungi talian MERS 999.
“Kakitangan perubatan dari Hospital Ampang yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua mangsa dan mendapati mereka telah meninggal dunia,” katanya pada Rabu.

Mohd Azam berkata, pemeriksaan mendapati kenderaan yang dinaiki dua individu tersebut masih dalam keadaan hidup selain keempat pintu serta tingkap dalam keadaan tertutup.

“Pintu bahagian penumpang dan pemandu kemudiannya dibuka dan didapati kedua-dua individu terbabit dalam keadaan mulut berbuih serta tidak sedarkan diri.
“Selain itu, pemeriksaan turut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh badan kedua-dua individu itu,” ujarnya.

Semakan mendapati dua individu berkenaan adalah warga tempatan yang berusia lingkungan 30an dan mayat kedua-keduanya dibawa ke Hospital Ampang bagi proses bedah siasat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd