Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Donald Trump Tandatangan Beberapa Perintah Eksekutif Selepas Angkat Sumpah

Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump bertindak pantas dengan tandatangan beberapa perintah eksekutif di hadapan orang ramai selepas beliau mengambil alih tampuk kepimpinan di negara itu pada Isnin.

Memetik laporan Reuters, Trump, 78, segera mengambil langkah untuk menghadkan imigresen, mengurangkan peraturan alam sekitar dan menarik diri daripada perjanjian iklim antarabangsa.

Donald Trump tandatangan beberapa perintah eksekutif selepas angkat sumpah

Donald Trump Tandatangan Perintah Eksekutif

Ini merupakan langkah awal daripada rancangan besar Trump, termasuk memperluaskan wilayah Amerika Syarikat, meningkatkan pengeluaran bahan api fosil dan melonggarkan peraturan alam sekitar.

Dalam pada itu, Trump memaklumkan bakal menandatangani lebih banyak perintah yang sama selepas beliau tiba di White House.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Trump telah mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47 Amerika Syarikat di Rotunda Capitol, simbol demokrasi negara itu.

Artikel lain: Tidak Sampai 24 Jam Ditutup, TikTok Kembali Beroperasi Di AS

Tidak lama selepas majlis pelantikannya, pihak berkuasa sempadan Amerika Syarikat menamatkan program yang membolehkan pendatang asing masuk secara sah ke negara itu dengan menjadualkan temu janji menerusi telefon pintar.

Manakala lebih dari 12 diplomat kanan di Jabatan Negara yang tidak berpihak kepada Trump diminta untuk meletak jawatan sebagai sebahagian dari rancangan untuk menggantikan mereka dengan penyokong setia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Trump juga dijangka akan memberikan pengampunan kepada penyokongnya yang dipenjara sebelum ini kerana menyerang Rotunda Capitol pada 6 Januari 2021 dalam usaha membatalkan kekalahannya pada pilihan raya 2020.

Donald Trump Tandatangan Perintah Eksekutif

Sementara itu, Trump menggambarkan dirinya sebagai penyelamat yang dipilih Tuhan untuk menyelamatkan Amerika Syarikat yang sedang menghadapi krisis selepas beliau menghadapi dua cubaan pembunuhan.

“Saya diselamatkan oleh Tuhan untuk menjadikan Amerika Syarikat hebat semula,” katanya.

Dalam tempoh satu abad, Trump merupakan presiden Amerika Syarikat pertama yang memenangi dua penggal selepas kehilangan jawatan dan juga penjenayah pertama yang menduduki White House.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd