Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diyana Tahir Tidak Tersenarai Dalam Kaunselor Berdaftar – LKM

Diyana Tahir kaunselor tidak berdaftar

Pengasas eHati International Sdn Bhd (eHati), Diyana Tahir dipercayai tidak tersenarai dalam Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) sebagai salah seorang kaunselor berdaftar.

Diyana Tahir kaunselor tidak berdaftar

Diyana Tahir kaunselor tidak berdaftar

Foto: eHati

Menurut LKM, menegaskan perkhidmatan kaunseling hanya boleh dijalankan oleh kaunselor yang berdaftar sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Sekiranya terdapat individu yang ingkar melanggar peruntukan tersebut ia dianggap satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“LKM memandang serius terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan gelaran atau pengendalian perkhidmatan kaunseling tanpa kelayakan dan pendaftaran yang sah.
“Orang ramai disarankan untuk sentiasa menyemak status pendaftaran kaunselor melalui saluran rasmi LKM bagi memastikan mereka menerima perkhidmatan yang sah dan diiktiraf,” terang LKM dalam satu kenyataan hari ini.

Diyana Tahir kaunselor tidak berdaftar

Terdahulu, enam individu termasuk sepasang suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman selama tiga hari  bagi membantu proses siasatan berhubung kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil.

Artikel lain: Enam Individu Termasuk Pengasas Program eHati Direman Tiga Hari

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat aktiviti berbogel dijalankan oleh  empat individu pada program motivasi rumah tangga eHati di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam pada 27 hingga 30 September tahun lalu.

Sumber: Facebook Lembaga Kaunselor Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd