Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Diminta Jangan Perbesar Isu, Akmal Bidas Ameer – “Jika Ini Berlaku Di Mydin, Kami Akan Lakukan Perkara Sama”

Pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin dilapor mengkritik tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menurutnya seolah-olah ‘membesarkan’ isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Menerusi laporan Malaysiakini, Akmal mengingatkan Ameer bahawa isu kalimah Allah adalah isu akidah yang melebihi daripada kepentingan untuk menjaga ekonomi golongan kaya, ini adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam.

@drakmalsaleh

Menjawab kepada kenyataan dato ameer mydin & Tan Sri Rafidah aziz Sekali lagi saya menekankan ini bukan soal politik mahupun kaum,ini soal tanggungjawab kita mempertahankan agama kita dari dihina Moga ia menjawab segala persoalan di minda dato & Tan Sri #kekalboikot

♬ Never Surrender – Lux-Inspira

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bukan kali pertama, ini bukan kali kedua, ini dah banyak kali berlaku dan kali ini menyakitkan hati umat Islam dalam negara ini.
“Jadi, apakah salahnya jika tindakan tegas iaitu dengan boikot ini dikenakan kepada mereka,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.

Foto: The Star

Ameer sebelum ini berkata, apa lagi yang perlu dihebohkan memandangkan KK Mart sudah mengeluarkan permohonan maaf dan kilang yang terlibat turut tampil dan membuat perkara yang sama.

“Adakah cukup dengan hanya minta maaf, buat salah minta maaf, lepas tu kita sudah berpuas hati disebabkan kita nak jaga ekonomi, nak jaga taikun-taikun ini.
“Ini bukan isu mengenai KK Mart, ini bukan isu Cina ataupun tidak, ini isu KK Mart telah menghina orang Islam. Jadi tindakan tegas perlu diambil oleh orang Islam dalam negara ini,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial.
“Saya nak bagi tahu juga Datuk Ameer, jika perkara ini berlaku dalam Mydin sekali pun kita akan melakukan perkara sama juga kepada Mydin,” ujar Akmal.

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu Akmal berkata, apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO adalah bertujuan untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang  jauh lebih utama berbanding mempertahankan ekonomi pihak tertentu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd