Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bagi Tulang Ayam Pada Gelandangan, Tiga Remaja Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Tiga remaja yang terlibat dalam menghasilkan kandungan dengan memberikan sisa makanan kepada gelandangan telah dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata sebelum ini kesemua remaja tersebut direman selama bagi mendapatkan keterangan berhubung isu tersebut.

Mereka yang masing-masing berusia 14, 18 dan 19 itu berasal dari Johor Bharu namun, melakukan perkara tidak bermanfaat itu di daerah tersebut.

Dibebaskan dengan jaminan polis

Dibebaskan dengan jaminan polis

“Bagaimanapun selepas keterangan mereka diambil, mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis, petang semalam.
“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan tiga pempengaruh tempatan memohon kemaafan orang ramai selepas dikecam berhubung video mereka memberikan sisa tulang ayam kepada seorang gelandangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Beri Sisa Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Tiga Pempengaruh Mohon Maaf Selepas Dikecam

Dibebaskan dengan jaminan polis

Dalam video yang tular di media sosial itu, tiga lelaki muda dilihat sedang menikmati hidangan di restoran KFC sebelum meletakkan tulang ayam mereka dalam sebungkus nasi dan menyerahkannya kepada seorang lelaki gelandangan yang sedang berbaring di sebuah lorong.

Lelaki itu menerima bungkusan berkenaan sambil mengucapkan terima kasih, sebelum ketiga-tiga mereka meninggalkan kawasan tersebut dan kemudiannya memberi makan ayam kepada seekor anjing.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd