Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Definisi, Pengelasan T15 Akan Diputuskan Jemaah Menteri – Rafizi

Kementerian Ekonomi sedang mengkaji semula definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 yang bakal diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Foto: Kosmo Digital

Menurut laporan Berita Harian, menterinya Rafizi Ramli mendedahkan terdapat beberapa cadangan yang sedang dibincangkan oleh kerajaan justeru, konsep dan pengkelasan T15 yang dipersetujui akan diguna pakai bagi pemberian bantuan dan subsidi kerajaan.

“Pengelasan T15 daripada Kementerian Ekonomi dicadangkan untuk beralih daripada pendekatan berdasarkan pendapatan kasar yang digunakan sebelum ini iaitu B40, M40 dan T20 kepada kaedah pendapatan boleh guna bersih bagi memastikan pengukuran dan penyasaran yang lebih inklusif dan adil,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Baharuddin Ahmad mengenai perincian kerajaan berkenaan golongan T15 yang berdepan penarikan balik subsidi bahan api, pendidikan dan kesihatan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Penilaian Pengelasan T15 Berdasarkan Pendapatan Boleh Belanja Bersih, Lokasi Tempat Tinggal

Rafizi menerangkan bahawa pendekatan baharu ini akan menggunakan maklumat dalam sistem PADU dengan mengambil kira elemen Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW).

Menurutnya, PAKW merujuk kepada amaun perbelanjaan yang diperlukan oleh isi rumah untuk menjalani kehidupan yang bermartabat dan dapat menyertai aktiviti sosial.

PAKW membantu mengurangkan isu keciciran dalam pengagihan bantuan dengan memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerima bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berharap melalui maklumat kewangan isi rumah yang lebih baik, kita boleh perluas kepada pelaksanaan-pelaksanaan lain termasuk subsidi haji yang boleh menggunakan data dan pengelasan yang lebih adil kepada rakyat,” ujarnya.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd