Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Datang Nak Beraya Bersama, Keluarga Terkejut ‘Kekasih Berpurdah’ Adik Rupanya Lelaki

Seorang lelaki berdepan kejutan besar apabila kekasih berpurdah yang baru dikenali selama tiga minggu rupa-rupanya seorang lelaki apabila kantoi sewaktu datang ke kediaman keluarga untuk beraya bersama.

Menerusi perkongsian yang dibuat kakak kepada pemuda berkenaan dikenali sebagai Maya Syuhada Rosley di Facebook, dia memaklumkan yang perkara itu sangat mengejutkan lebih-lebih algi apabila mereka sekeluarga hampir menerima individu itu sebagai bakal menantu.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=9574965999215993&set=pcb.9574967805882479

Nak beraya bersama, sebab tiada mak ayah & mengaku mualaf

Ujarnya,  ‘gadis’ berpurdah yang dikenali sebagai Hidayah mendakwa berasal dari Sabah, anak yatim piatu dan tiada adik-beradik serta seorang mualaf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya mereka tidak mengesyaki apa-apa, lebih-lebih lagi sewaktu Hidayah menyatakan hasrat mahu  menyambut Aidilfitri bersama keluarga Maya di Pontian, Johor.

Beraya Bersama

Datang nak beraya bersama, berpurdah tapi berbeza dengan gambar

Namun, setibanya di rumah, pengguna Facebook mula curiga dengan penampilan fizikal Hidayah yang kelihatan berbeza daripada yang dibayangkan.

Rasa ragu semakin kuat apabila individu itu mengelak daripada menampakkan wajahnya, malah berkeras mahu tidur dengan purdah terikat.

Tidur tak buka purdah, sekali terkantoi juga

Susulan daripada rasa tidak sedap hati, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila purdahnya terlucut ketika tidur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saat itulah keluarga Maya terkejut besar memandangkan ‘bakal menantu’ yang disangka gadis bertudung litup rupanya seorang lelaki!

IC dan dokumen dedah status sebenar

Lebih mengejutkan, kad pengenalan yang ditemui mengesahkan perkara itu.

Mereka sekeluarga tersebut segera mendapatkan bantuan polis dan individu berkenaan akhirnya  mengakui statusnya sebagai khunsa sambil bertutur dengan suara garau.

Keluarga syak kena ilmu hitam

Dalam pada itu, keluarga Maya turut mendakwa mereka mungkin terkena ilmu pukau kerana terlalu mudah menerima individu itu tanpa sebarang syak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wanita Hiba Anak Lapan Tahun Derita Disihir – “Ingatan Dia Masih Hilang, Tiap Malam Menangis”

Perkongsian yang dinyatakan Malaya ini mungkin bolehmenjadi peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati dalam mengenali seseorang, terutama dalam dunia yang serba moden ini.

Sumber: Facebook Maya Syuhada Rosley 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd