Polis mengesahkan seorang lelaki yang bersenjata objek tajam meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah kedai emas di Seksyen 14, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara itu dan memaklumkan proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Ya saya sahkan… akan buat post mortem. Apa-apa maklumat lanjut akan saya kongsikan nanti,” katanya ringkas.
Terdahulu, media melaporkan seorang perompak cedera selepas dipercayai ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun kedai emas berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
Tinjauan di lokasi kejadian di Seksyen 14, Petaling Jaya mendapati beberapa kenderaan polis dan ambulans berada di kawasan itu sebelum pasukan forensik dilihat tiba tidak lama kemudian bagi menjalankan siasatan lanjut.
Artikel lain: Tunggu Dijemput Beli Kelengkapan Raya, Suami Rupanya Maut Dihempap Pokok Tumbang
Difahamkan, polis tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.
Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.










































