Seperti yang dijanjikan Chery Malaysia, tiga atlet negara iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal terima ganjaran SUV Tiggo 7 Pro selepas meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton.
Menerusi beberapa hantaran di Facebook, Chery Malaysia mengucapkan terima kasih kepada atlet Malaysia yang telah menyumbangkan pingat pertama di temasya itu.
Atlet negara sambar gangsa terima Tiggo 7 Pro
Sementara itu, ketiga-tiga atlet badminton itu bakal menerima kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 sebagai salah satu ganjaran selepas merangkul pingat gangsa pada Olimpik Paris.
Dalam pada itu, Chery Malaysia juga memberikan ucapan khas buat pemain badminton perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan pemain beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Bagi ucapan untuk pemain beregu lelaki, Chery mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu disamping menyatakan rasa ketidaksabaran untuk atlet itu kembali ke Malaysia.
“Terima kasih kerana telah mengharumkan nama negara! Chery dengan bangganya menghadiahkan Tiggo 7 Pro kepada setiap juara kami.
“Kami tak sabar untuk menyambut kepulangan anda dan menyokong anda dalam mengejar lebih banyak kemenangan dengan kami,” katanya.
Artikel lain: Atlet Raih Pingat Di Olimpik Paris Bakal Terima Hadiah SUV Chery
Sementara itu, bagi Lee Zii Jia pula, Chery mengucapkam tahniah kepada pemain badminton itu disamping menyuarakan rasa bangga terhadap perjuangannya.
“Penghargaan buat Lee Zii Jia, yang sangat bersemangat dan telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul untuk menuju ke arah kemenangan.
“Di Chery, kami sangat bangga dengan Lee Zii Jia dan impak luar biasa yang beliau berikan. Tahniah Lee Zii Jia!” tulisnya.
Sekadar info, pasangan beregu Aaron-Wooi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa semasa Olimpik Tokyo di Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan 21-19 ke atas Astrup-Rasmussen dari Denmark.
Foto: Berita Harian
Sementara itu, Lee Zii Jia juga mengakhiri perlawanannya dengan membawa pulang pingat gangsa hasil kemenangan ke atas Lakshya Sen dari India dan menang mudah 21-11 pada set penentuan.
Foto: New Straits Times
Terdahulu, Chery mengumumkan syarikat itu bakal memberikan kenderaan automatif kepada mana-mana atlet negara yang membawa pulang pingat pada Olimpik Paris 2024.
Sumber: Facebook Chery Malaysia