Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Cadangan Akta Anti Buli Guna Tribunal Dibawa ke Kabinet – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan cadangan kajian bagi mewujudkan Akta Anti Buli dengan menggunakan sistem tribunal khusus untuk kes membabitkan pelajar dan kanak-kanak akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Cadangan itu akan dibincang di Kabinet,” kata Anwar ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan bahawa Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus berkaitan buli. Ketika ini, kesalahan sedemikian hanya ditangani melalui Kanun Keseksaan serta peruntukan undang-undang lain.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana dalam banyak kes, pelaku dan mangsa merupakan kanak-kanak, sekali gus menjadikan Akta Kanak-Kanak turut terpakai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Azalina mencadangkan agar sistem tribunal diwujudkan bagi mendengar kes-kes buli melibatkan kanak-kanak dan pelajar sekolah, sepertimana mekanisme yang diguna pakai di bawah Akta Antigangguan Seksual. Beliau juga memaklumkan pihaknya akan meneliti model undang-undang anti buli di beberapa negara lain sebagai rujukan.

Cadangan ini muncul susulan kes kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir di Papar, Sabah yang dikaitkan dengan perbuatan buli. Tragedi itu mencetuskan gerakan ‘Justice for Zara’ di seluruh negara.

Pagi tadi, lima remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu berhubung kes berkenaan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan kerana mengugut dengan perkataan berunsur ancaman.

Sumber: Astro Awani (Faida Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd