Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kecoh Dakwaan Guna Bomoh, Buriram United Hanya Berdoa Sebelum Tewaskan JDT

Buriram United Hanya Berdoa

Kecoh di media sosial memaparkan pemilik Buriram United, Newin Chidchob sedang melakukan sesuatu di tepi padang sebelum pasukannya memulakan latihan pemanas badan.

Menerusi beberapa video tular, Chidchob dipercayai menuang air di padang SSI sambil terkumat-kamit membaca mantera dan dirakam secara jelas oleh penyokong Johor Darul Ta’azim (JDT) yang hadir.

@faeiszs

Ini bukan tentang JDT tp tentang Malaysia Punca!! Johor vs Buriram #acle #fyp #JDTforAll #luaskankuasamujohor

♬ suara asli – Aauu8888 – Aauu8888

Advertisement. Scroll to continue reading.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa Buriram United menggunakan bantuan ‘bomoh’ ketika melawan JDT di Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) , semalam.

Artikel lain: ACLE: Kami Tidak Bernasib Baik Untuk Tersingkir Dengan Cara Sebegini – TMJ

Buriram United Hanya Berdoa Sebelum Tewaskan JDT

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Chidchob bukanlah ritual bomoh atau perkara yang janggal, beliau hanya membaca doa mengikut kepercayaan agamanya.

Sebelum memulakan perlawanan, beliau menyatakan pasukannya mempunyai resepi untuk menjinakkan Harimau Selatan yang dikendalikan Hector Bidoglio susulan sudah dua kali berdepan JDT.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini, tidak akan berakhir seperti dua aksi terdahulu dan akan ada pemenang yang akan mara. Kami datang ke sini dengan misi membunuh Harimau di sarang Harimau.
“Jika anda tidak berjaya, anda tidak akan menang dan itu bermakna kita perlu menamatkan perjalanan kita dalam kempen ACLE 2024/25 di sini. betulSaya tahu ia sukar tetapi saya perlu melakukannya, ia juga berisiko tetapi perlu berjuang dan bertarung sekuat tenaga.
“JDT adalah harimau yang menjaga gua. Dengan bahaya di sekeliling dan didorong sorakan penyokong yang membuatkan mereka sentiasa garang apabila berada dalam gua. Bersedia untuk menghancurkan setiap pelawat dalam setiap pasukan.
“Tetapi hari ini, pasukan pelawat adalah Buriram United, yang telah berdepan dengan Harimau ini dua kali sebelum ini. Kami tahu cara untuk menundukkan Harimau ini dan kami tahu menjinakkan Harimau yang garang ini ini supaya menjadi Harimau yang jinak.
“Perlawanan hari ini (Selasa) akan menjadi aksi terbaik dalam bola sepak di Asean, dan pasukan lebih baik akan melangkah ke peringkat seterusnya.” katanya.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) akui kecewa setelah JDT tewas kepada Buriram United 0-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) pada Selasa.

Walaupun kecewa, TMJ tetap berbangga dengan semangat juang yang ditampilkan oleh pasukan selain menegaskan kesediaan untuk terus memperkukuh JDT agar mampu bersaing dengan kelab-kelab terbaik Asia.

Sumber: TikTok  search, FB Buriram United

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd