Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Buat Persembahan Di Johor, Anak2 Ahli Kumpulan Radja Trauma Diugut Bunuh

Anggota band terkenal Indonesia, Radja telah meluahkan rasa kesal apabila mengalami kejadian tidak diingini selepas menjadi mangsa ancaman bunuh daripada wakil penganjur sewaktu mengadakan persembahan di Johor baru-baru ini.

Ahli keluarga trauma

Menerusi kenyataan yang dibuat oleh vokalis band tersebut, Ian Kasela mengatakan yang mereka telah diancam sehingga ahli keluarga yang berada di lokasi persembahan trauma dengan insiden itu.

Memetik laporan dari kompas, mereka membawa keluarga dan anak-anak untuk memberi pendedahan bagaimanapun mereka bekerja.

“Anak-anak kami hanya diam dan terkejut kerana masih kecil. Apa yang berlaku seperti kanak-kanak sekolah yang ditengking oleh orang tua dengan kasar. โ€œPerbuatan itu sungguh biadab,โ€ katanya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by ๐™ ๐˜ผ ๐˜ฟ ๐™… ๐˜ผ B A N D (@radjabandofficial)

Dua ditahan polis selepas serah diri

Menerusi Instagram Ian, dia telah menyatakan bahawa pada awalnya selepas habis membuat persembahan di Stadium Tertutup Arena Larkin mereka telah dibawa untuk mengadakan Meet & Greet bersama peminat.

Namun, secara tiba-tiba ruangan tersebut telah ditutup dan lebih kurang 15 orang bodyguard masuk ke dalam ruangan terbabit. Lebih mengejutkan, dua orang wakil penganjur telah menghampiri mereka dengan menengking, mengancam dan mengeluarkan kata-kata kesat secara tiba-tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pihak mee2_event telah membuat kenyataan bertulis menjelaskan keadaan yang berlaku dan menyimpulkan bahawa kejadian tersebut hanya salah faham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, perkara tersebut dibantah oleh pihak Radja kerana mengatakan pihak tersebut berbohong dengan kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis bebaskan 2 orang suspek dengan jaminan

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, memaklumkan dua lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS).

“Kira-kira jam 3.30 petang tadi, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS telah menahan kedua-dua suspek di perkarangan IPD JBS.
“Hasil siasatan mendapati suspek adalah seorang lelaki warga tempatan yang berusia 37 tahun dan seorang lagi lelaki warga asing berusia 48 tahun,” katanya.

Namun, pihak Radja akui agak terkilan kerana kedua-dua suspek sudah dilepaskan dan cuma menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah salah faham.

View this post on Instagram

A post shared by Ian Kasela (@iankaselaradja)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas, Berita Harian (Izz Laily Hussein), Instagram Iankaselaradja

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Lokal

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang...

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. Paetongtarn,...

Advertisement

Hakcipta ยฉ 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd