Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan 50 Tapi 200 Tikaman! Ibu Mangsa Tegas Anak Tak Kenal Suspek

Ibu Mangsa Tegas Anak Tak Kenal Suspek

Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dalam tandas di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya mendedahkan hasil bedah siasat mendapati anaknya mengalami sebanyak 200 kesan tikaman pada badan.

Ibu mangsa, Wong Lee Ping, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak patologi selepas laporan bedah siasat diterima.

“Kami tahu laporan dalam talian mengatakan 50 tikaman, tetapi sebenarnya anak perempuan saya mengalami 200 tikaman.
“Dia 200 luka tikaman. Bukan tetakan, tetapi tikaman.
“Dari bahagian atas kanan turun ke kawasan kaki,” katanya dalam sidang akhbar di Nirvana Center, Kuala Lumpur, hari ini.

Ibu Mangsa Tegas Anak Tak Kenal Suspek

Menurut Lee Ping, banyak maklumat palsu mengenai kejadian itu telah tersebar di media sosial sejak insiden tragis berkenaan.

Artikel lain: Kes Tikam Pelajar: Suspek Alami Masalah Pembelajaran – KP Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menegaskan bahawa anak bongsunya itu tidak pernah mengenali suspek berusia 14 tahun walaupun mereka belajar di sekolah yang sama.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa lalu, pelajar perempuan berusia 16 tahun itu maut dipercayai ditikam oleh pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Utusan (Maszureen Hadzman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd