Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bill Gates Yakin AI Mampu Ubah Kehidupan Manusia Dalam Tempoh 5 Tahun

Bill Gates meluahkan rasa yakin Artificial Intelligent (AI) mampu ubah sistem kehidupan manusia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut laporan Sinar Harian, bilionair yang berusia 68 tahun itu tidak bersetuju dengan tanggapan AI akan menghapuskan jutaan pekerjaan di seluruh dunia yang secara tidak langsung memberi kesan buruk kepada manusia.

Bill Gates yakin AI mampu ubah kehidupan manusia

Artikel lain: Elon Musk Rancang Buka Universiti, Taja Kewangan Pelajar Kurang Berkemampuan

Mana tidaknya, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendedahkan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia terkesan dengan kewujudan AI dalam syarikat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gates percaya dengan sejarah bahawa setiap teknologi baharu akan memberikan peluang serta impak yang mendalam kepada manusia sejagat dunia.

“Seperti yang kita ada (dengan) produktiviti pertanian pada tahun 1900, semua orang tertanya-tanya ‘hei, apa yang akan orang lakukan?’
“Sebenarnya, banyak perkara baharu, banyak kategori pekerjaan baharu telah dicipta dan kita kini jauh lebih baik… berbanding ketika semua orang melakukan kerja ladang. Ini (AI) akan menjadi seperti itu,” kata Gates.

Bukan itu sahaja, Gates turut menjangkakan AI akan membuatkan urusan manusia lebih mudah seperti membantu doktor membuat kertas kerja.

Beliau berpendapat gabungan teknologi AI memasuki bidang pendidikan atau perubatan akan menjadi lebih hebat, maju mengikut peredaran zaman.

Sekadar info, Microsoft memiliki perkongsian kerjasama berbilion dolar dengan OpenAI dan Gates kekal sebagai salah seorang pemegang saham terbesar Microsoft.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Matlamat Yayasan Gates adalah untuk memastikan bahawa kelewatan antara memberi manfaat kepada orang di negara miskin berbanding ke negara kaya akan menjadikannya sangat singkat
“Sementelah, kekurangan doktor dan guru jauh lebih teruk di Afrika berbanding di Barat,” kata Gates kepada Zakaria di Davos semasa menyertai Forum Ekonomi Dunia (WEF).

Sumber: Sinar Harian

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd