Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bermula Ogos Ini, Harga Barang Dijangka Meningkat 20 Peratus Atas Sebab 2 Faktor

Susulan faktor utama iaitu inflasi import dan peningkatan kos operasi perniagaan di Malaysia, harga barang pengguna dijangka akan meningkat sebanyak 20 peratus menjelang Oktober tahun ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan memaklumkan sejak Januari lalu telah mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI.

Jelasnya, kenaikan tersebut berlaku disebabkan oleh kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga berlakunya inflasi import pada kadar tinggi.

“Sejak Januari sehingga Julai tahun ini, kejatuhan ringgit bermula pada kadar RM4.20 berbanding dolar AS dan sekarang RM4.60 berbanding dolar. Peningkatan sebanyak 10 peratus berlaku terhadap kemerosotan ringgit berbanding dolar AS.
“Sudah pasti ia meningkatkan kos pengeluaran. Sepanjang rantaian bekalan sudah menyaksikan peningkatan kos dan akhirnya, kesan ini akan mengakibatkan produk pengguna di rantaian terakhir bekalan turut meningkat. Maka, pengguna akan menghadapi kesan inflasi import apabila harga barangan naik,” katanya.

Difahamkan juga, pada suku ketiga tahun ini harga barang akan mula meningkat sebanyak 20 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika sebelum ini kamu perlu bayar RM100,000 untuk import (satu-satu barangan), sekarang kamu perlu bayar RM120,000 hingga RM130,000 untuk import barangan yang sama.
“Kesannya, harga barangan peringkat pengguna pun akan naik dan saya menjangkakan pada suku ketiga tahun ini, harga barangan pengguna meningkat sekurang-kurangnya 20 peratus. Jika sebelum ini ada satu produk dijual pada RM10, ia akan meningkat kepada RM12 hingga RM12.50 sekurang-kurangnya,” ujarnya.
“Saya menjangkakan harga barangan peringkat pengguna meningkat lima hingga 10 peratus. Lazimnya produk yang diimport memerlukan masa untuk sampai ke negara ini. Jadi saya jangkakan menjelang Ogos atau September peningkatan harga peringkat pengguna itu mungkin mula berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin memberitahu kenaikan harga barang akan dijangka naik bermula Ogos dan September tahun ini.

Ameer berkata, kenaikan harga barangan juga berpunca akibat peningkatan kos operasi dalam pelbagai sektor pengeluaran susulan polisi kerajaan menaikkan kadar gaji minimum.
“Peningkatan harga barangan peringkat pengguna ini bukan saja didorong faktor kelemahan ringgit berbanding dolar dan inflasi import. Ia juga akibat kos menjalankan perniagaan di Malaysia sudah meningkat.
“Ini termasuk gaji minimum yang naik, bil utiliti naik dan lain-lain lagi. Apabila kos menjalankan perniagaan meningkat, sudah tentu ia akan meningkatkan kos pengeluaran dan akhirnya harga barangan peringkat pengguna,” jelasnya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia (Fahmi Faiz)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Lokal

Seekor gajah betina dipercayai ‘mengamuk’ selepas anaknya mati dirempuh sebuah lori muatan ayam di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi....

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd