Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Beri Manfaat Lebih 5.2 Juta Murid, Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari Ini – KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari 2025.

Agihan BAP bagi murid Tingkatan 6 Semester 2 dan Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 pula akan dilaksanakan mulai 16 Februari, manakala kepada murid Tingkatan 6 baharu akan dilaksanakan mulai 1 Julai ini.

Agihan Bantuan Awal Persekolahan bermula 13 Januari ini

Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari

“Pada tahun ini, buat pertama kali inisiatif BAP akan turut diperluaskan kepada pelajar Tingkatan 6.
“Agihan BAP kepada murid akan dilakukan oleh pihak sekolah menggunakan beberapa kaedah iaitu serahan tunai kepada ibu bapa bagi sekolah rendah manakala sekolah menengah pula diberikan menerusi ibu bapa atau murid.
“Kaedah kedua adalah pengkreditan ke akaun bank murid dan kaedah ketiga, pengkreditan ke akaun ibu bapa yang akan dilaksana bermula tahun 2025,” kata KPM dalam satu kenyataan.

Artikel lain: KPM Nafi Dakwaan Kertas Sejarah SPM 2024 Bocor

Dalam pada itu, KPM memaklumkan Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sejumlah RM791,250,000 khusus untuk bayaran BAP.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari

Jelasnya, sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.2 juta murid.

“Inisiatif BAP menyerlahkan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang bakal menjelang,” ujarnya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd