Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Berdua Naik Motor, Wanita Sebak Lihat Warga Emas Redah Hujan

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Asmidarr Salleh memuat naik satu video berdurasi 40 saat memperlihatkan sepasang warga emas menaiki motosikal dalam cuaca hujan sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Asmidarr berkata pasangan tersebut dalam perjalanan dari Tol Alor Setar Selatan ke Jitra pada 1 Syawal yang lalu.

Susulan itu, Asmidarr meluahkan rasa simpati dan membayangkan bagaimana jika situasi berkenaan melibatkan ibu bapa kita sendiri, apatah lagi dalam keadaan terpaksa meredah hujan sekali gus menimbulkan rasa sebak individu yang melihatnya.

“Tersentuh hati tengok makcik ni bawak motor dari tol Alor Setar Selatan sampai Jitra. Tengah-tengah hujan pun tetap redah.. mesti sedih risau kalau mak kita yang bawak motor. Raya pertama masa ni.. semoga makcik dan suami dipanjangkan umur,” tulisnya di Facebook pada Ahad.

Video ini telah menarik perhatian ramai, dengan rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut, dan tidak ketinggalan juga ada yang berkongsi pengalaman pernah merasai situasi tersebut dan ada yang pernah melihat situasi serupa di jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Rajin makcik ni pergi surau usung laki dia

 

Semoga Allah permudahkan urusan mereka

 

Biar kita pergi dekat mereka, jangan mereka datang dekat kita

 

Kisah ini bukan sekadar satu rakaman yang menyentuh hati, tetapi juga satu peringatan tentang kepayahan yang mungkin dialami oleh sesetengah warga emas.

Dalam kesibukan kita menyambut hari raya, mungkin ada ibu bapa dan datuk nenek yang masih perlu meredah hujan dan perjalanan jauh untuk tiba ke sesuatu destinasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga kisah ini membuka ramai pihak untuk terus lebih peka dengan keadaan ibu bapa kita dan sekelilingnya.

Sumber: Facebook (Asmidarr Salleh)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd