Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sukan SEA 2025: Berbaloi Tangguh Pengajian! Grace Wong Pecah Rekod, Raih Pingat Emas

Berbaloi Tangguh Pengajian

Keputusan sukar yang pernah dibuat jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, beberapa bulan lalu akhirnya terbukti berbaloi apabila beliau meraih pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai, di sini hari ini.

Grace bukan sahaja menamatkan saingan dengan pingat emas, malah mencipta sensasi apabila memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali dalam satu pertandingan.

Berbaloi Tangguh Pengajian!

Mengimbau detik mencabar sebelum ke temasya, atlet kelahiran Sarawak itu berkata, beliau berdepan dilema besar apabila terpaksa memilih sama ada meneruskan pengajian atau memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan intensif di China.

“Kenangan yang saya tidak boleh lupa adalah pada masa itu, semester ketiga baru nak mula dan MSN (Majlis Sukan Negara) umumkan bajet untuk latihan di China, jadi saya kena pilih satu, ketika itu memang saya ingin belajar, tetapi juga saya mahu dapat pingat emas.
“Kalau saya pilih sukan, pengajian saya perlu ditunda yang akan mengambil masa lama dan saya pun sudah 25 tahun, tetapi saya fikir saya sudah banyak labur dalam sukan, jadi kalau pilih sukan mungkin lebih baik dan akhirnya pilihan itu berbaloi,” katanya.

Penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sains Sukan dan Senaman itu turut mengakui berada dalam keadaan berbelah bahagi sebelum akhirnya memilih untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada sukan, dengan sokongan kuat yang diterima daripada pihak universiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada saingan hari ini, Grace memulakan aksi dengan lontaran sejauh 63.34 meter (m) untuk memadam rekod temasya miliknya sendiri, 61.87m, yang dicipta pada edisi 2023 di Kemboja.

Beliau kemudian terus mencipta rekod baharu apabila mencatat 63.83m dalam balingan kedua, sekali gus memadam rekod kebangsaan 63.53m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Malaysia di Kangar, Perlis, Ogos lalu.

Artikel lain: Sukan SEA 2025: Atlet Taekwondo Sumbang Pingat Pertama Malaysia, Ibu Jadi Inspirasi

Percubaan ketiga menyaksikan Grace sekali lagi memperbaharui rekod temasya dan kebangsaan dengan catatan 65.09m, sebelum melengkapkan dominasi luar biasa dengan lontaran keempat sejauh 65.41m untuk sekali lagi memadam kedua-dua rekod berkenaan dan mengesahkan kilauan emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pingat perak menjadi milik wakil Thailand, Koomphon Mingkamon, dengan lontaran 60.74m, manakala rakan senegaranya Kaewasuksri Sawitree meraih gangsa selepas mencatat 56.27m.

Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan pingat emas keempat Grace dalam acara baling tukul besi pada Sukan SEA selepas meraihnya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur, 2021 di Vietnam dan 2023 di Kemboja.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd