Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Belum Berjaya Bawa Pulang Emas, Hannah Yeoh Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kontinjen negara yang terlepas peluang untuk membawa pulang pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2024.

Memetik laporan Bernama, Hannah bagaimanapun menyifatkan program Road To Gold (RTG) untuk menamatkan kemarau 68 tahun pingat emas sebagai ‘tidak gagal’, sebaliknya masih belum berjaya.

Hannah Yeoh mohon maaf, belum berjaya bawa pulang emas

Hannah Yeoh Mohon Maaf

Foto: Malaysia Tribune

Beliau berkata seperti yang diumumkan sebelum ini, RTG ditubuhkan tahun lepas merupakan program jangka masa panjang yang dilaksanakan bagi dua temasya Sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles pada 2028.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi kita belum berjaya mendapatkan pingat emas pertama dan seperti yang saya nyatakan pemegang taruh kita dalam RTG adalah atlet dan jurulatih kerana ini adalah ‘top service’ untuk mereka pertingkatkan peluang dapatkan pingat emas,” katanya.

Hannah yang juga Pengerusi Bersama RTG berkata walaupun belum berjaya membawa pingat emas namun program itu menyaksikan peningkatan prestasi bagi beberapa atlet.

Beliau berkata ini terbukti apabila tiga atlet telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya itu iaitu pelumba basikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang.

Artikel lain: Aaron-Wooi Yik Semakin Serasi, Akui Komunikasi Penting Bagi Kekal Persefahaman

Selain itu, atlet yang memecah rekod kebangsaan adalah Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan serta beberapa atlet lain yang turut mencipta catatan peribadi terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada kesemua pasukan bagi menilai prestasi serta menyediakan laporan beraudit berkenaan perbelanjaan program itu.

Hannah Yeoh Mohon Maaf

Foto: Utusan Malaysia

Bagaimanapun, Hannah berkata pihaknya memerlukan masa untuk bermesyuarat dan menyediakan laporan tersebut kerana berdepan jadual padat susulan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak dan Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos ini.

Sekadar info, Malaysia menamatkan misi Olimpik Paris 2024 dengan dua pingat gangsa menerusi beregu badminton lelaki Aaron Chia-SOh Wooi Sik dan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Nasional

Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan kukuh di peringkat serantau apabila berjaya memacu komitmen negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja masa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd