Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas KP Perisikan Pertahanan Didakwa Tiga Pertuduhan Rasuah, Mengaku Tidak Bersalah

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Datuk Mohd Razali Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan wang AS$20,000 dan RM64,600 untuk pembelian tiket penerbangan ke luar negara bagi isterinya, pada 2024.

Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa tiga pertuduhan rasuah

Menurut laporan Malaysia Gazette, bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima suapan secara rasuah berupa wang tunai berjumlah AS$20,000 daripada Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman.

Perbuatan itu didakwa berlaku di pejabat Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur antara Ogos hingga November 2024.

Bekas KP Perisikan

Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Menurut pertuduhan, suapan itu didakwa sebagai balasan kepada tertuduh selaku pegawai badan awam untuk meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan bagi pembayaran perolehan senggaraan serta sokongan sistem Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Beliau didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 [Akta 694] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MINDEF Umum Pelantikan Empat Pegawai Kanan ATM, Berkuat Kuasa Mulai 1 Januari 2026

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Razali didakwa menerima bagi pihak isterinya Azarina Bakia, suatu benda berharga iaitu bayaran tiket penerbangan pergi dan balik ke Malaga, Sepanyol berjumlah RM26,800 tanpa balasan daripada Sheikh Ahmad Nafiq.

Bekas KP Perisikan

Foto arkib: NST

Sheikh Ahmad Nafiq didakwa mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh sebagai Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan MDIO, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kesalahan itu didakwa berlaku di lokasi sama pada 15 November 2024 dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga pula, Mohd Razali didakwa menerima bagi pihak isterinya bayaran tiket penerbangan pergi balik ke Estonia berjumlah RM37,800 daripada individu sama di lokasi sama, pada 28 April tahun lalu mengikut seksyen sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa dua lagi pegawai kanan ATM bergelar Datuk dijangka akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah minggu ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Norlizah Abas)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd