Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Guru Besar Didakwa Ugut Pakar Patologi Inkues Zara Qairina

Seorang bekas guru besar sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuat ancaman terhadap pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, saksi pertama dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Guru besar memuat naik ugutan di Facebook

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Kamul Kamarudin, 61, didakwa menggunakan akaun Facebook @Amung Kamaruddin untuk memuat naik ugutan yang antara lain menyebut mahu “mengintai” lokasi kediaman dan tempat kerja Dr Hiu serta mengupah “pemandu langgar lari.”

guru besar

Hantaran itu dibaca sendiri oleh Dr Hiu pada 5 September lalu di Taman Luyang.

Kamul didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hanya Guru Besar Dan Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid – KPM

Di mahkamah, tertuduh pada mulanya mengaku bersalah namun menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim Marlina Ibrahim kemudian membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lovely Natasha Charles dan Eugenie Meredith Gilbert, manakala tertuduh diwakili peguam Elhanan James yang memohon jumlah jaminan diringankan dengan alasan anak guamnya penduduk tempatan Sabah dan memberi kerjasama penuh kepada polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

guru besar

Sebelum ini, Dr Hiu membuat laporan polis pada 6 September selepas menerima ugutan berkaitan keterangannya dalam inkues yang berlangsung pada 3 dan 4 September.

Dalam keterangannya, beliau menyatakan kematian Zara tidak mungkin akibat jatuh secara tidak sengaja atau ditolak.

Namun Dr Hiu menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada mangsa bertindak melompat dengan kehendaknya sendiri.

Sumber: Berita Harian (Ersie Anjumin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd