Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Becoming Hannah’: Kertas Siasatan Dirujuk AGC – Ketua Polis Kuala Lumpur

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merujuk kertas siasatan berhubung isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ke Pejabat Peguam Negara (AGC) pada 10 Januari lalu.

Menurut Buletin TV3, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata pihaknya kini menunggu arahan lanjut daripada pihak AGC untuk tindakan seterusnya.

Kertas siasatan buku ‘Becoming Hannah’ dirujuk AGC

'Becoming Hannah'

Foto: Sinar Harian

“Setakat ini kita menerima sebanyak 182 laporan polis berkaitan isu terbabit.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Kanun Keseksaan dan kertas inkuiri polis (KEP),” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang mendakwa beliau berhasrat memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian, pada Disember tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau dilaporkan berkata, penyebaran video dan mesej berniat jahat itu dikhuatiri boleh menjejaskan rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

 'Becoming Hannah'

Foto: Utusan Malaysia

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Hannah terhadap Musa berhubung dakwaan kenyataan fitnah pada satu forum di sebuah univerisiti empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arziah Mohamed Apandi memutuskan demikian selepas mendapati Hannah selaku plaintif gagal membuktikan Musa sebagai defendan mempunyai niat jahat dan kenyataan yang dikeluarkannya itu berunsur fitnah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 'Becoming Hannah'

Foto: Carian Google

Artikel lain: Ditapis Perpustakaan Negara Malaysia, ‘Becoming Hannah’ Bukan Buku Agama

Kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Hannah menulis buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara, serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.

Susulan itu, beberapa pihak tampil membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku Hannah yang disifatkan sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd