Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi 11 Bulan Maut! Beli Susu Bertukar Tragedi, Kereta Terbabas Langgar Sekumpulan Lembu

Perjalanan sepasang suami isteri untuk membeli susu bertukar tragedi apabila bayi perempuan mereka berusia 11 bulan meninggal dunia selepas kereta dinaiki sekeluarga terbabas akibat melanggar sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang di Bera pada Khamis.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, bayi 11 bulan itu dikenali sebagai Nur Adriana Amira Mohamad Norismail dari Felda Purun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32.

bayi 11 bulan

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 9.40 malam apabila kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu bapa mangsa berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong.

Artikel lain: Niat Bantu Mangsa Kemalangan, Wanita Maut Dirempuh Treler Dalam Nahas Lima Kenderaan

“Sekumpulan lembu tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut sebelum kenderaan terbabas ke bahu jalan,” katanya.

Akibat pelanggaran itu, ibu mangsa berusia 21 tahun yang memangku anaknya di tempat duduk penumpang hadapan mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
bayi 11 bulan

Foto: Sinar Harian

Mayat bayi 11 bulan berkenaan dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan kenderaan terbabit telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut.

Dalam kejadian sama, dua ekor lembu mati di tempat kejadian manakala seekor lagi dilaporkan cedera.

bayi 11 bulan

Foto: Sinar Harian

Zulkiflee turut memaklumkan bahawa pihak Jabatan Veterinar Bera bersama polis sedang menjalankan operasi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran di jalan raya pada malam kejadian.

“Operasi tersebut bermula jam 11 malam, namun malangnya kemalangan berlaku lebih awal sebelum tindakan dapat diambil,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Rosilawati Rosedi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd