Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bayar Makan Guna Resit Palsu, Juruaudit Antara Dua Lelaki Dicekup

Taktik licik dua lelaki termasuk seorang juruaudit yang memperdaya peniaga restoran dengan resit palsu akhirnya membawa padah apabila mereka dicekup polis selepas kejadian di sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam.

2 lelaki ditahan dipercayai bayar makan guna resit palsu

Memetik laporan dari Harian Metro, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 34 dan 35 tahun itu ditahan sekitar jam 2.50 pagi tadi di sekitar bandar raya Shah Alam selepas polis menerima laporan daripada seorang peniaga wanita yang mendakwa ditipu oleh mereka.

Restoran rugi ratusan ringgit, pelanggan bayar guna resit palsu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan kejadian berlaku pada 14 April lalu kira-kira jam 10.18 malam, apabila suspek menunjukkan resit pembayaran atas talian berjumlah RM304.50 selepas selesai makan.

“Bagaimanapun, selepas semakan dibuat oleh mangsa, didapati tiada sebarang kemasukan wang ke akaun perniagaannya dan hanya sedar ditipu, semalam.
“Mangsa turut memaklumkan ia kali kedua individu yang sama menggunakan taktik terbabit dengan jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah RM348.10,” katanya.

Artikel lain: “Saya Tak Faham Bahasa Inggeris, Saya Tertipu…” Pelancong China Trauma Datang Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek ada rekod jenayah lampau

Hasil semakan lanjut turut mendedahkan kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan mereka kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, Mohd Iqbal turut mengingatkan semua peniaga agar lebih berwaspada terhadap resit pembayaran digital yang ditunjukkan secara manual atau tangkap layar oleh pelanggan.

“Sebarang transaksi hendaklah disemak terus melalui sistem perbankan rasmi sebelum menyerahkan barangan atau perkhidmatan,” ujarnya lagi.

Pemilik restoran tulis kronologi di media sosial

Terdahulu, tular di platfrom Threads apabila seorang peniaga restoran memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tindakan satu keluarga yang menjamu selera di tempat makannya namun menipu sewaktu membuat pembayaran.

resit palsu

Perkara itu berlaku selama dua hari berturut-turut sehingga mengakibatkan kerugian ratusan ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Modus operandi yang dilakukan adalah dengan mengedit resit memandangkan tiada sebarang bukti pembayaran diterima secara atas talian.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Nor) Threads iammimiomar

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd