Sejak video seorang jurulatih menampar beberapa peserta remaja di satu kejohoan bola tampar tular di media sosial, ramai yang memberikan respon negatif berhubung perkara tersebut.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut sama membuat ciapan meminta pihak berwajib mengambil tindakan ke atas perilaku jurulatih yang membimbing pasukan remaja perempuan bawah 14 tahun itu.
Jurulatih tak ada otak. Layan atlet umur 14 tahun macam ni. Geram betul tengok..pic.twitter.com/hSbZvU3Q41
— Jalal Misai (@jllmisai) January 1, 2023
Difahamkan, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dengan serta merta telah menggantung jurulatih berkenaan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Mahu jurulatih dikekalkan
Namun begitu, menerusi laporan dari Utusan Malaysia, pihak ibu bapa dan juga pemain bola tampar perempuan yang ditampar jurulatih itu tampil membela individu terbabit yang dikenali sebagai Cikgu Hadee.
Bapa kepada salah seorang pemain yang ditampar, Abd. Halim Bakar, 50 memaklumkan mereka kenal jurulatih tersebut dan anaknya, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim sudah dilatih sejak di darjah 5 lagi.
“Kami kenal Cikgu Hadee lebih lima tahun, anak saya kedua-dua mereka ini dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima lagi” ujarnya.
Tak niat cederakan
Tambahnya lagi, dia tahu niat jurulatih bernama Saiful Hadee Amar bukanlah berniat mahu mencederakan dan ia bertujuan untuk membangkitkan semangat pemain.
Dia juga memaklumkan hal tersebut sudahpun lama selesai sebelum video berkenaan tular dimana kejadian berlaku pada 16 Disember lalu.
Ajar dari zero hingga berjaya
Dalam pada itu, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim juga ada meminta agar jurulatih tersebut dikekalkan kerana masih banyak ilmu yang ingin ditimba malah insan itu telah banyak berkorban masa, wang dan tenaga melatih pasukan.
“Dari tidak tahu bermain sampailah mereka berjaya ke peringkat negeri, malah Cikgu Hadee inilah yang bersungguh-sungguh mencari tempat latihan sampai ke Tanah Merah dia bawa, asalkan anak-anak murid dapat berlatih,” katanya.
Anak tak anggap itu satu kekerasan
Ujar Abd Halim lagi, anaknya sama sekali tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu bentuk kekerasan yang meninggalkan kesan emosi kerana tamparan terbabit langsung tidak kuat ataupun meninggalkan rasa sakit kepadanya.
“Anak kata tidak kuat pun, tidak sakit atau membuatkan emosinya terganggu, itu cara seorang jurulatih yang tegas memberikan semangat dan disebabkan itu juga pasukannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Selangor,” jelasnya.
Pemain2 backup jurulatih
Dalam ciapan yang dibuat di Twitter, satu hantaran menggunakan nama akaun Malacca Volleyball Club telah tampil mempertahankan jurulatih mereka dan menyertakan beberapa gambar sewaktu Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14.
Ujar mereka, jurulatih tersebut telah mendidik mereka denga hati yang ikhlas dan telah berjaya mencipta sejarah baru untuk negeri Melaka.