Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Enggan Hantar Anak Ke Hospital, Murid Maut Lapan Jam Selepas Nahas

Seorang murid Tahun Enam dilaporkan meninggal dunia lapan jam selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Jalan Get, Paloh di Kluang malam tadi selepas bapanya enggan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut laporan Berita Harian, mangsa Muhammad Harith Isyraf Yuzaini, 12, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam ketika berehat di rumahnya di Johor Bahru akibat kecederaan pada bahagian perut.

bapa

Foto: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu hanya diketahui selepas bapanya membuat laporan polis petang Selasa.

Artikel lain: Mayat Ditanam: Bapa Pilih Lokasi Sunyi Di Rompin Untuk Tanam Mayat Anak – Polis

Menurutnya, mangsa menunggang motosikal seorang diri ketika keluar ke rsebuah kedai di Jalan Get, Paloh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, keluarga mangsa berada di Paloh bagi menziarahi kematian saudara di Jalan Tengah.

bapa

Foto: FB Sekolah Kebangsaan Tiram Duku

“Sebaik tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan. Mangsa kemudian dibawa bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang.
“Kemudiannya, mangsa dibawa pula ke klinik swasta di Gelang Patah untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru. Bagaimanapun, bapa mangsa enggan menghantar ke HSA dan membawa anaknya pulang ke rumah,” katanya.
bapa

Foto: Harian Metro

Bahrin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:Berita Harian (Alias Abd Rani)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd