Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bantu Ringan Beban, MYDIN & KPDN Lancar Kempen Kasih Sayang Ibu Dan Si Manja

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan kempen Kasih Sayang Ibu dan Si Manja 2024 untuk membantu peningkatan kos sara hidup rakyat.

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kempen anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) di bawah inisiatif Program Jualan Ihsan Rahmah (PJIR) dilancarkan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga menerusi penawaran harga lebih murah terhadap barangan bayi dan kanak-kanak.

Foto: FB MYDIN Malaysia

“Barangan keperluan bayi dan kanak-kanak yang ditawarkan antaranya susu tepung, lampin pakai buang, set pakaian bayi dan kanak-kanak serta pelbagai barangan lain bagi jenama seperti Abbott, Carrie Junior, Diapex, Dryfirst, Drypers, Dugro, Farm Fresh, Fernleaf, Gnubkins, Huggies, Johnson & Johnson, Milna, Molfix, Nestle dan Pureen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan kempen tersebut di MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Armizan berkata,  kempen itu juga selaras dengan pendekatan kementerian melalui whole of nation approach dalam menangani kos sara hidup rakyat sekali gus memanfaatkan ramai pengguna.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa kempen tersebut bermula 29 April hingga 30 Mei 2024 dan turut menawarkan penjimatan diskaun, rebat dan hadiah percuma yang mencecah sehingga RM800,000.

Foto: FB MYDIN Malaysia

Ia secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan MYDIN untuk bekerjasama dengan beberapa jenama ternama sekali gus dapat membantu mengurangkan beban kos selepas sambutan Aidilfitri dan permulaan baru sesi persekolahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, PJIR di bawah Agenda Payung RAHMAH MADANI yang telah dimulakan pada tahun ini bertujuan meningkatkan jumlah pernyertaan aktif pihak swasta serta industri terutama di bawah sektor peruncitan ke arah tawaran harga barangan yang lebih berpatutan tanpa melibatkan sebarang peruntukan.

“Di bawah PJIR ini juga, pengguna dapat berbelanja barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan, di samping berpeluang untuk mendapat ganjaran istimewa yang ditawarkan oleh peniaga- peniaga.
“Inisiatif Payung RAHMAH MADANI adalah manifestasi keprihatinan dan konsep IHSAN Kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik daripada pemain industri,” ujarnya.

Selain akan terus komited terhadap usaha yang dilaksanakan demi menyantuni rakyat, KPDN juga berharap agar usaha mereka mendapat perhatian khususnya pengguna yang ingin barangan bayi dan kanak-kanak dengan harga berpatutan.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd