Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tiga Bangunan Di Bawah Satu Bumbung, Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan Di Bangunan Anjung Bestari – KPN

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melaksanakan Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan daripada tiga bangunan berbeza kepada semua perkhidmatan di bawah satu bumbung (all services under one complex) yang berpusatkan di Bangunan Anjung Bestari.

Menteri KPN Datuk Aaron Ago Dagang berkata Bangunan Anjung Bestari Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan merupakan projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11) dengan peruntukans sebanyak RM12.8 juta.

Bangunan Anjung Bestari jadi Pusat Perkhidmtan Perpustakaan

Bangunan Anjung Bestari

“Untuk makluman semua, Bangunan Anjung Bestari sebagai Tapak Warisan Kebangsaan 2007 kategori bangunan dan tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Malam Gemilang Anjung Bestari@PNM di Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Rabu.

Sementara itu, antara ruang yang ditambah baik di Bangunan Anjung Bestari adalah ruang bacaan individu dan kolaboratif diperbaharui dengan perabot adaptif dan warna yang lebih ceria serta zon siber yang turut dinaik taraf dengan 48 komputer dan akses internet berkelajuan tinggi untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Zon Hipermedia Dewasa juga dikemas kini untuk menyediakan bahan multimedia interaktif dan hiburan termasuk perkhidmatan Video on Demand (VOD).

Perkhidmatan Perpustakaan Nestari ini turut dilengkapi dengan 15 tablet bagi mengakses koleksi buku cerita kanak-kanak dan buku Augmented Reality (AR) terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan 20 tablet pintar disediakan untuk mengakses 895,143 kandungan digital tersedia secara percuma daripada 21 pangkalan data u-Pustaka.

Artikel lain: Kumpul Pemain Industri, PIFF 2025 Buka Ruang Teroka Potensi Francais Kopi Dan Kafe

Terdapat juga lapan tablet pintar disediakan untuk mengakses bahan e-majalah PNM serta enam buah komputer riba dan empat buah komputer meja untuk penggina tersedia di zon kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bangunan Anjung Bestari ini adalah simbol kepada konsep Harmoni dalam Kepelbagaian yang menjadi asas kepada Malaysia. Pusat ini juga mampu mnejadi jambatan yang menghubungkan masyarakat melalui empat peranan utama.
“Peranan utama itu adalah ruang pembelajaran yang inklusif, duang dialog, pemeliharaan warisan dan budaya serta platform interaksi.
“Dalam era teknologi dan inovasi ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mesti memainkan peranan lebih strategik dan bersasar untuk memastikan perkhidmatan kekal relevan dengan keperluan semasa,” ujarnya.

Maklumnya, KPN menerusi Perpustakaan Negara Malaysia juga mengangkat beberapa permohonan kepada Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), antaranya Pembangunan Ruang Pembelajaran Interaktif dan Imersif di Perpustakaan Kanak-Kanak PNM.

“Selain itu, pemerkasaan kandungan digital melalui pendigitan dan konsolidasi Platform u-Pustaka 2.0, menaiktaraf fasiliti auditorium, bilik serbaguna, bilik syarahan dan studio PNM, menaik tarad perpustakaan kanak-kanak PNM serta perolehan tanah di Bagan Datok Perak untuk rancangan membina Perpustakaan Digital,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bintang lincah skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid menzahirkan rasa terharu selepas dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk beraksi bersama Terengganu FC (TFC). Foto:...

Politik

Susulan mendapat pelbagai tanggapan dan reaksi positif juga negatif terhadap cadangan yang menamakan Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk menjadi calon perdana menteri, ulama...

Politik

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat bahawa tiada pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang layak jadi perdana menteri (PM)....

Dunia

Tidak sampai 24 jam ditutup, TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan beliau akan menghidupkan semula aplikasi tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd