Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Bang, Sebut Allah… Bangun Bang!” – Jeritan Orang Awam Bikin Pilu Di Lokasi Kemalangan Maut

Suasana di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Sungai Petai, bertukar hiba apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian cuba menyedarkan mangsa kemalangan yang tercampak ke dalam longkang.

Menurut laporan Sinar Harian, rakaman video insiden yang kini tular di media sosial memaparkan detik menyayat hati apabila lelaki terbabit duduk di tepi longkang sambil merayu dengan nada pilu.

Foto: Sinar Harian

“Bang, sebut bang… ALLAH… abang kuat bang, Lailahaillallah.

Jeritan penuh harapan itu nyata menyentuh perasaan warganet dan orang ramai yang berada di lokasi.

Difahamkan, kemalangan berlaku petang Isnin dan melibatkan sebuah kereta Perodua Kembara serta sebuah bas henti-henti.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.21 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.
“Seorang lelaki berusia 22 tahun cedera dan dihantarkan ke hospital, manakala seorang lagi mangsa berusia 23 tahun tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Foto: Berita Harian

Tambah beliau, pemandu bas berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd