Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bakal Dipanggil Pihak Berkuasa, Ustaz Wadi Nafi Pernah Dipelawa Mohon Tauliah

Pendakwah terkenal,  Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi menafikan bahawa pernah dipelawa oleh Exco Agama Islam negeri Perlis untuk mendapatkan tauliah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Belum pernah buat sebarang pertemuan

Memetik kenyataannya di Instagram, Ustaz Wadi juga mengakui belum pernah membuat sebarang pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Bercerita lanjut berkenaan insiden yang berlaku Rabu lalu, beliau telah dijemput untuk menghadiri Program Solat Tarawih dan Sembang Santai di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kampung Abi, Padang Machang, di sini, sekitar pukul 9.45 malam oleh pihak penganjur dan bukanlah majlis pengajian agama.

“Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa program ini bukanlah majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan badan bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah serta Madinah bersama beberapa kupasan isu semasa.
“Maka, saya menerima jemputan yang diadakan di permis persendirian tersebut dan tidak memerlukan tauliah agama negeri,” katanya.

Surat perintah sudahpun diterima

Mengulas lanjut berkenaan laporan JAIPs akan memanggilnya untuk memberikan keterangan berhubung memberi ceramah tanpa tauliah, Ustaz Wadi mengatakan yang dirinya sudahpun menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs pada 7 April depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Disebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat, saya sendiri telah memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan berkenaan pada 17 April dan ia turut diterima oleh pihak berkenaan,” katanya.

Sama sekali tidak mempersendakan titah baginda

Ujarnya lagi, beliau sememangnya sentiasa menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin dan tidak pernah mempersendakan titah baginda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga dengan kenyataan maklum balas ini dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh pihak tidak bertanggungjawab,”tulisnya.

Terdahulu, Ustaz Wadi Annuar telah dipanggil selepas terlibat dalam satu program di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang. Difahamkan, beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah di negeri terbabit.

Satu laporan polis lain turut dibuat di balai polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasa dihalang oleh pihak penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi sebelum ini bagi mengambil keterangan berhubung tindakan pendakwah itu memberi ceramah di berkenaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menyatakan yang pendakwah berkenaan bersama penganjur iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar dikehendaki hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April depan sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan selepas itu.

Sumber: Instagram Wadi Annuar

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd