Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

BABYMONSTERS Umum Bakal Buat Konsert Jelajah Asia Termasuk Di Malaysia

Kumpulan KPOP yang sedang meningkat naik popularitinya, BABYMONSTERS mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah Asia pertama mereka termasuk di Kuala Lumpur pada 21 Jun 2025 ini.

Kumpulan gadis remaja itu muncul di bawah naungan agensi YG Entertainment, berkongsi secara rasmi berita tersebut di platform media sosial Instagram @babymonster_ygofficial dengan hantaran poster bertajuk ‘HELLO MONSTERS’.

Foto: Instagram @babymonster_ygofficial

BABYMONSTERS merupakan girl group K-Pop yang dibentuk oleh YG Entertainment yang memiliki tujuh anggota, iaitu Ruka, Pharita, Asa, Ahyeon, Rami, Rora, dan Chiquita dimana tiga berasal dari Korea Selatan, dua dari Jepun, dan dua dari Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada awalnya, mereka melakukan debut pada 27 November 2023 dengan lagu debut digital yang berjudul “Batter Up” tetapi debut tersebut hanya dengan enam anggota sahaja, tanpa Ahyeon.

Walau bagaimanapun, sehingga pada 1 April 2024, Ahyeon rasmi bergabung dengan Babymonster dan menjalankan aktiviti kumpulan bersama-sama. Mereka pun mengeluarkan album mini berjudul BABYMONS7ER dengan single utama “Sheesh”.

Foto: Carian Google

Sebelum mendebutkan BABYMONSTERS, YG Entertainment pernah mendebutkan dua grup wanita legenda, iaitu 2NE1 dan BLACKPINK. Masing-masing terdiri daripada empat orang anggota kumpulan, sedangkan BABYMONSTERS memiliki 7 orang anggota. Hal ini menjadikan Baemon sebagai girl group pertama YGE dengan anggota kumpulan wanita yang paling banyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelajah konsert dunia tersebut bakal bermula pada Januari 2025 di Seoul, diikuti dengan persinggahan di New Jersey pada Februari dan Los Angeles pada Mac dan banyak negara Asia lain yang turut tersenarai, antaranya Malaysia pada bulan Jun, Jepun, Singapura, China, Bangkok dan Jakarta.

Foto: Deezers

Artikel lain: BABYMONSTERS Umum Konsert Besar Jelajah Dunia

Sekadar info, BABYMONSTER merupakan kumpulan junior di bawah agensi berkenaan sebaris dengan kumpulan K-Pop dunia, iaitu Bigbang, 2ne1, Blackpink, Ikon, dan Treasure.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, BABYMONSTER memulakan kerjaya pada November tahun lalu menerusi lagu Batter Up dan kini sudah rasmi melancarkan album baharu mereka, iaitu Drip dengan banyak lagu yang hitz, berjaya menawan hati peminat K-Pop seluruh dunia.

Sumber: Instagram @babymonster_ygofficial

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd