Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

AS Rancang Bina Jaringan Kereta Api Di Bulan, Bantu Bangunkan Ekonomi

Syarikat aeroangkasa di Amerika Syarikat (AS), Northrop Grumman rancang untuk bina jaringan kereta api di bulan untuk membantu mengangkut manusia dan pelbagai peralatan lain.

Memetik laporan The Sun, projek yang turut mendapat sokongan daripada Jabatan Pertahanan AS akan  membantu membangunkan ekonomi yang serius dan mampan di bulan.

Foto: The Sun

“Rangkaian kereta api bulan yang dicadangkan ini boleh mengangkut manusia, bekalan dan sumber untuk usaha komersial merentasi permukaan bulan.
“Ia seterusnya menyumbang kepada ekonomi angkasa untuk Amerika Syarikat dan rakan kongsi antarabangsa kami,” kata wakil kepada syarikat itu.

Northrop Grumman merupakan salah satu daripada 14 syarikat yang dipilih oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahana AS (DARPA) pada bulan Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kadar Kesuburan Global Dilaporkan Menjunam, Faktor Ekonomi Antara Punca

AS rancang bina jaringan kereta api di bulan

Foto: The Sun

Syarikat-syarikat yang dipilih oleh DARPA telah mengambil bahagian dalam kajian Luna-10 yang mana ia bertujuan untuk mencipta idea teknologi baharu dengan cepat.

Penciptaan idea baharu itu juga akan membantu manusia untuk meluaskan jejak ekonominya ke angkasa lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Syarikat kami akan menyumbang kepada kajian tersebut dengan menentukan sumber yang diperlukan untuk membina rangkaian rel lunar, mewujudkan senarai kos dan risiko serta mengenal pasti prototaip dan analisis sistem rel lunar yang beroperasi.
“Kami juga akan mengkaji konsep untuk membina dan mengendalikan sistem dengan robotik, termasuk penggredan dan penyediaan asas, penempatan dan penjajaran trek, penyambungan dan kemasan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan,” jelasnya.

Bagaimanapun, syarikat gergasi Northrop Grumman masih belum mendedahkan butiran dana yang diperlukan untuk membiaya projek ini.

Namun begitu, pada Ogos tahun lalu DARPA menyatakan kajian terpilih dalam Luna-10 akan menerima Anugerah Transaksi Lain yang mana mereka diberikan dana tidak lebih daripada AS$1,000,000 (RM4,704,000).

Syarikat lain yang turut dipilih oleh DARPA untuk kajian Luna-10 adalah SpaceX milik Elon Musk dan Blue Origin milik Jeff Bezos.

Sumber: The Sun 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah menengah dalam daerah ini ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan serta penyebaran bahan lucah...

Sosial

Akibat kesempitan hidup, seorang bapa tunggal terpaksa membuat keputusan berat apabila menyerahkan tiga anaknya yang masih kecil ke rumah kebajikan di Perak. Bapa terpaksa...

Lokal

Seorang wanita berusia 51 tahun cedera selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang susulan ribut kuat yang melanda daerah...

Lokal

Seorang lelaki berusia 22 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Klang pada Rabu selepas mengaku bersalah membunuh dan membakar kekasihnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd