Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Anthony Loke Selar Kenyataan Sanusi ‘Apek Berseluar Pendek Akan Ajar Agama Di Masjid’

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyelar kenyataan “apek berseluar pendek akan mengajar agama di masjid” yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Memetik laporan Malaysiakini, Anthony berkata, pemimpin PAS sepatutnya melihat Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP sejak 15 tahun lalu sebelum membuat dakwaan sedemikian.

“DAP dah berkuasa di Pulau Pinang tiga penggal, dan 15 tahun. Apakah (ada) apek Cina menyampaikan khutbah di masjid pada hari Jumaat?
“Jadi Pulau Pinang contoh terbaiklah, apakah tak ada lagi masjid di Pulau Pinang? (Tetapi) itu yang mereka mainkan,” katanya.

Foto: New Straits Times

Anthony berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu ketika berceramah di Pelagai, minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam ceramah tersebut, Sanusi mendakwa akan ada ‘apek’ berseluar pendek mengajar agama Islam di masjid sekiranya PH dan BN terus memerintah.

Susulan itu, Anthony menyifatkan dakwaan Sanusi sebagai fitnah dan menunjukkan bahawa pemimpin PAS tersebut telah ketandusan ‘modal’.

Foto: Utusan Malaysia

“Yang saya pelik dulu masa PAS bekerjasaman dengan kita, itu pun fitnah yang mereka lawan dulu. Masa tu Umno lah yang cakap macam (Sanusi) itu.
“Hari ini mereka guna fitnah sama dan logik yang sama. Jadi ini permainan politik, dulu masa PAS bekerjasama dengan DAP, dia juga lawan fitnah macam tu. Dia pun tahu bahawa itu tidak betul.
“Hari ini mereka guna cara fitnah tak betul ini, menunjukkan bahawa mereka ketandusan modal. Saya percaya ia takkan beri kesan kepada rakyat,” ujarnya.

Sementara, itu Ahli Parlimen Seremban itu berkata pihaknya yakin undi penyokong DAP di beberapa kawasan di Pelangai akan berpihak kepada calon BN, Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Sabtu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd)

Iffa Sabrina
Written By Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd