Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak-Anak Tak Jenguk, Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa Barat Indonesia pada Sabtu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dian Deedee Ronawati telah memuat naik video memaparkan beberapa orang kampung yang terpaksa membuka pintu rumah pasangan itu secara paksa.

Mayat suami isteri ditemukan dalam keadaan membusuk

Menurut Dian Deedee, jiran-jiran pasangan itu mula rasa curiga apabila kedua-dua warga emas berkenaan langsung tidak keluar rumah disamping tidak mendengar suara dari kediaman mereka.

Pada hari mayat pasangan itu ditemui, jiran mereka telah datang ke rumah untuk menjemput menghadiri acara keagamaan disamping menyampaikan hasrat untuk membantu membersihkan kediaman mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

Bagaimanapun, ketukan dan panggilan jiran itu tidak terjawab dan pintu rumah pasangan berkenaan pula berkunci menyebabkan dia tidak boleh memeriksa keadaan warga emas tersebut.

Dalam pada itu, jiran pasangan itu juga telah cuba menghubungi anak-anak kepada suami isteri tersebut namun panggilannya tidak terjawab menyebabkan mereka terpaksa memecah masuk kediaman berkenaan.

“Anak pasangan itu tidak menjawab telefon. Jadi, jiran ambil video untuk dijadikan bukti yang mereka tiada maksud lain untuk memecah masuk ke rumah. Mereka juga telah mencium bau yang kurang menyenangkan daripada kediaman itu,” katanya.

Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

Sebaik pintu terbuka, kelihatan keadaan rumah tersebut yang bersepah dan berselerak sehingga menyebabkan jiran pasangan tersebut susah bergerak di dalam rumah.

Jiran itu kemudian memeriksa bilik tidur pasangan tersebut dan apa yang mengejutkan adalah apabila mereka menemui jasad suami isteri itu dalam keadaan membusuk dan dihurung lalat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan polis, pasangan tersebut sudah meninggal lebih kurang empat hari sebelum ditemui, sekitar hari Selasa atau Rabu.

Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

Dian Deedee turut mendedahkan, pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak lelaki namun jarang pulang ke rumah untuk menjenguk kedua orang tua mereka.

“Kami sudah banyak kali hubungi anak-anak mereka setiap kali ada apa-apa program keagamaan dan dulu mereka selalu hantar makanan. Tapi, akhirnya mereka serahkan tugas memasak makanan untuk kedua orang itu kepada jiran.

Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

“Selalu si isteri akan telefon kami kalau perlukan sesuatu, tapi kali ini langsung tiada panggilan telefon. Tapi memang anak-anak dia langsung tidak peduli.
“Mereka ada tiga orang anak, tapi semua jarang-jarang balik kampung atau ajak ibu bapa mereka untuk tinggal bersama,” luahnya.
Mayat Suami Isteri Ditemukan Dalam Keadaan Membusuk

Tidak cukup dengan itu, Dian Deedee turut mendedahkan semua pembayaran bagi upacara pengebumian ditanggung oleh warga kampung dan pasangan itu selamat dikebumikan pada hari yang sama.

Sumber: Facebook  Dian Deedee Ronawati

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Sosial

“Kami tunggu 10 tahun untuk dapat anak perempuan… tapi kini dia sudah tiada.” Itu luahan sayu Norazian Mohd Joned, 38, isteri kepada Koperal Amiruddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd