Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alphard Dan Vellfire Paling Banyak Disewa! Kebanyakan Pulang Beraya Ke Pantai Timur

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah.

Menurut laporan Kosmo! Online, model yang paling mendapat permintaan termasuk Toyota Alphard, Vellfire, Hyundai Staria, Starex, selain beberapa MPV biasa lain.

Foto: Kosmo! Online

Pengarah Urusan AS Car Rental, Siti Nursyuhada Ali berkata, kesemua 15 MPV mewah di syarikatnya sudah habis ditempah sejak seminggu sebelum Ramadan, malah mereka terpaksa menyewa lima unit tambahan daripada pihak lain untuk memenuhi permintaan.

“Kami terpaksa sewa lima buah lagi MPV mewah kerana semua stok yang ada habis ditempah awal. Antara MPV yang mendapat permintaan tinggi adalah Alphard dan Vellfire.
“Kebanyakan tempahan adalah perjalanan untuk pulang beraya ke Pantai Timur. Selain dua MPV tersebut, turut mendapat permintaan tinggi adalah Hyundai Starla, Starex, Toyota Innova, Proton X90, Perodua Aruz dan Alza,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Siti Nursyuhada, harga sewaan MPV mewah bermula daripada RM3,850 hingga RM4,900 seminggu, bergantung pada jenis dan model.

“Kebanyakan penyewa mengambil sewa seminggu dan mereka memilih MPV mewah untuk memberi keselesaan ketika pulang beraya terutamanya kepada keluarga besar.
“Ini kerana selalunya, perjalanan ke Pantai Timur perlu berdepan dengan kesesakan di atas jalan raya yang lama. Jadi dengan menaiki MPV mewah ini, mereka lebih selesa walaupun terpaksa ‘berkampung’ dalam kenderaan berbelas jam,” ujarnya.

Foto: Janaan AI

Buat masa ini, hanya kereta ekonomi seperti Myvi, Axia dan beberapa jenis sedan masih tersedia untuk disewa.

Sementara itu, seorang wakil MN Travel N KLIA Car Rental pula berkata, model seperti Toyota Alphard dan Vellfire sudah habis ditempah di beberapa kawasan, diikuti MPV New Alza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menyediakan sewaan kereta di seluruh negara dan setakat ini, MPV New Alza memang sudah habis ditempah sejak minggu lepas. Toyota Alphard dan Vellfire pula ada beberapa kawasan habis ditempah.
“Secara purata, sewaan semua lima hari ke atas. Untuk sewaan tujuh hari ke atas, akan ada diskaun lagi diberikan kepada penyewa,” katanya.

Dia menambah, penggunaan MPV biasanya untuk keluarga besar, tetapi kereta lain juga mendapat sambutan tersendiri.

“Ada dua senario di sini, kami pun dah habis tempahan untuk Perodua Axia dan Perodua Bezza. Tapi majoriti menggunakan­nya untuk beraya lokal (setempat), maksudnya berada di kawasan mereka sendiri.
“Untuk MPV, biasanya mereka yang berkeluarga besar, tapi kereta sedia ada tidak muat,” ujarnya.

Harga sewaan pula berbeza mengikut jenis kenderaan iaitu Toyota Alphard dan Vellfire antara RM550 hingga RM700 untuk tempoh satu hingga dua hari, New Alza RM260, Perodua Myvi RM170, Perodua Bezza dan Proton Saga RM140, manakala Perodua Axia RM130.

Sumber: Kosmo! Online (Ahmd Shaherman Shamsuri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Sosial

Aktivis Tamim Dahri menyatakan kesediaan untuk pulang ke Malaysia dan menyerah diri kepada pihak polis dalam masa terdekat, namun meletakkan syarat supaya empat rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd