Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Akibat Tumpahkan Air, Kanak-kanak Perempuan Maut Di Tangan Ibu Bapa

Seorang datuk membongkar kematian cucu perempuannya yang maut dipukul oleh bapa tiri dan ibu kandung didakwa akibat tertumpahkan air minuman di kediaman mereka di Kediri, Jawa Timur pada 22 Jun lalu.

Menurut satu laporan Tribun News, Ketua Polis Daerah Kediri AKBP Bimo Ariyanto berkata, ibu mangsa Novita Anggraini (26) dan suaminya Mian Tasgeen Mohammad Yakhya (23) masing-masing mengaku bersalah ketika ditangkap polis pada Khamis.

Foto: Tribun News

“Keduanya mengaku bahawa telah melakukan kekerasan pada mangsa sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, pasangan suami isteri itu turut memberitahu lokasi pengebumian kanak-kanak malang yang terletak hanya bersebelahan kediaman mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan kronologi pembunuhan kanak-kanak perempuan terbabit yang dikatakan hanya berpunca daripada minuman tumpah di dalam bilik tidur selepas bapa tiri mangsa bertanyakan siapa pelakunya.

“Tasgeen bertanya kepada mangsa dan mangsa menjawab yang menumpahkan air itu adalah ibunya, Novita. Novita kemudian menghampiri mangsa dan memarahinya karena telah berbohong tentang siapa yang menumpahkan air di bilik tidur.

Foto: Tribun News

“Novita juga mencubit pipi kanan dan kiri mangsa, lalu menampar anaknya,” jelasnya.

Ariyanto turut memberitahu, tindakan ibu kandung mangsa membuatkan suaminya bertambah marah selain bertindak memukul kanak-kanak tersebut berkali-kali menggunakan peralatan tumpul dengan lebih kuat sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Bapa kepada Novita kemudian melaporkan kepada polis selepas pasangan terbabit mengaku mereka melakukan pembunuhan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribun News 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd