Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Akaun Fleksibel KWSP: 2.93 Juta Ahli Buat Pengeluaran Sehingga RM6.98 Bilion

Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan seramai 3.45 juta ahli memilih untuk memiliki amaun permulaan di Akaun Fleksibel yang membabitkan jumlah perpindahan RM10.86 bilion daripada Akaun Sejahtera yang sebelum ini dikenali Akaun 2 setakat 10 Jun lalu.

Menurut satu laporan  Berita Harian, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, seramai 2.93 juta ahli KWSP sudah membuat pengeluaran melalui Akaun Fleksibel membabitkan jumlah pengeluaran yang bernilai sehingga RM6.98 bilion.

Foto: TheedgeMalaysia

“Tujuan utama Penstrukturan Semula Akaun KWSP dibuat bagi memastikan kesejahteraan kewangan semasa persaraan lebih mapan, selain mengimbangi keperluan semasa ahli.
“Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka memiliki pendapatan persaraan mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai pemindahan caruman ke Akaun Fleksibel serta strategi pelaburan jangka panjang yang dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) dalam Dewan Rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Amir Hamzah juga berkata, strategi jangka panjang KWSP memperuntukkan aset secara optimal dengan mengambil kira had toleransi risiko sebagai dana simpanan persaraan yang dibuat berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) bagi memastikan KWSP boleh mencapai objektif pelaburan tersebut.

“Berdasarkan SAA semasa, KWSP memperuntukkan baki tunai pelaburan pada julat dua hingga enam peratus. SAA ini dikaji semula secara berkala bagi memastikan jangkaan pulangan dan risiko adalah relevan dengan keadaan pasaran modal semasa serta sebarang perubahan polisi, regulatori, perakaunan dan profil aset-liabiliti KWSP.
“Antara pertimbangan akan dikaji adalah profil kecairan portfolio pelaburan serta peruntukan kepada baki tunai bagi mengambil kira impak daripada penstrukturan semula akaun KWSP,” jelasnya.

Foto: sistemguruonline.my

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa penstrukturan semula akaun KWSP dilihat tidak memberi kesan signifikan kepada kedudukan kewangan kerana badan itu memperuntukkan baki tunai mencukupi bagi menampung permintaan pengeluaran Akaun Fleksibel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP daripada dua akaun kepada tiga akaun tersebut dibuat bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pendapatan persaraan ahli di samping memenuhi keperluan kitaran hidup semasa mereka.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Yusri Muzamir)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd